Thursday, November 18, 2010

kawallah nafsu bukan kita dikawalnya..!

bismillahirrohmanirrohim..

Suatu hari, seorang pemuda diserahkan oleh bapanya kepada seorang guru sufi untuk dididik cara mengawal nafsunya.

"Siapkan bekalan.Mari ikut saya bermusafir."kata guru sufi itu sebaik sahaja pemuda itu tiba di madrasahnya.Pemuda itu agak terkejut kerana dia masih keletihan akibat perjalanan yang jauh ke madrasah guru sufi itu.

"Apa yang perlu saya bawa?"tanya pemuda itu."Bawa pakaian sehelai dua.."jawab guru sufi.

Mereka pun memulakan perjalanan yang jauh.Setelah agak lama,meteka menemui satu bukit yang agak tinggi.

"Kita akan mendaki bukit ini..!mana jalannya??"kata pemuda itu."Kita susuri jalan di tepi lereng bukit,"kata guru sufi.

"Nanti..,nanti...saya sangat keletihan.Alangkah baik jika ada keldai.Kita boleh menunggangnya."kata pemuda itu.

"Kamu hendak menunggang keldai?.Baiklah,mari kita membelinya dahulu"jawab guru sufi.

Dalam hati pemuda itu berasa lega,dia tidak akn terpaksa berjalan lagi.Dia sangat-sangat keletihan.

Setelah guru sufi membeli dua ekor keldai,dia pun berkata,"Sekarang ada dua ekor keldai.Saya akan menunggang salah seekor daripadanya..."

"Dan saya akan menunggang seekor lagi,"pintas pemuda itu.

"Tidak..!!"kata guru sufi.

"Mengapa?"tanya pemuda itu.

"Jangan bertanya. Patuh saja."arah guru sufi.

Pemuda itu terkejut,tetapi dia tidak berani melawan.

"Habis,kita akan biarkan seekor keldai ini berjalan tanpa apa-apa beban?"tanya pemuda itu.

"Tidak.Sebaliknya kamu mesti memikulnya!"jawab guru sufi.

"Memikul keldai menaiki bukit yang tinggi ini?"tanya pemuda itu kehairanan.

"Ya.Pikul keldai ini dan naik ke atas bukit,"jawab guru sufi itu pendek dan tajam.

Maka dengan susah payah,dia memikul keldai sambil menyusuri jalan di tepi lereng bukit itu. Termengah-mengah.Dia benar-benar keletihan.Sebaliknya guru sufi itu bersantai-santai menaiki keldainya berjalan di hadapan pemuda itu.Belum sampai separuh perjalanan,pemuda itu pun jatuh keletihan.Dia hampir pengsan.

Setelah merawat si pemuda dan memberinya minuman,guru sufi itu pun berkata,"Anakku,keldai itu umpama nafsumu.Allah ciptakan nafsu untuk kau menungganginya bukan kau ditunggangi olehnya."

"Maksud tuan?"

"Dengan menurutkan nafsumu,kau akan disusahkannya.Jiwa,hati dan badanmu akan kelelahan.Kehendak nafsu tidak ada batas dan tidak pernah puas.Lepas satu-satu kehendak dan kerenahnya.Ini samalah dengan kau memikul keldai dan menaiki bukit yang tinggi."

Pemuda itu terdiam.

"Sebaliknya,jika aku menunggangi nafsu dengan mengawal dan menguruskannya,kau akan mendapat kemudahan dalam menjalani kehidupan.Nafsu berguna selagi dia menjadi hamba tetapi apabila dijadikan tuan,apalagi tuhan,maka hidup kita akan dihancurkan."

"Seperti saya yang memikul keldai tadi?"

"Ya.Dan lihat pula betapa mudahnya menyusuri jalan di lereng bukit ini dengan menaiki keldai.Begitulah nafsu apabila dikawal dan digunakan ke arah kebaikan."

"Ya..ya..Orang yang mengikut perintah hawa nafsunya bagaikan memikul keldai mendaki bukit!"akui pemuda itu.


PENGAJARAN
~Nafsu adalah sebahagian daripada diri kita yang jika tidak dikawal akan menyusahkan kita.Oleh sebab itu,kawallah nafsu bukan kita dikawalnya.


dipetik dari: SOLUSI (isu no 25)

Thursday, November 11, 2010

S A H A B A T . . .


t e r i m a   k a s i h  S A H A B A T

setelah sekian lame kite tak berkumpul bersama ~
seronok bersama kamu semua~

bersama pen'ceria' suasana,DHABITAH




kanak2 riang, AQILAH n NAJWATUL
ehh...cam ade kurang..saperr??
*
*
*
*
*

nilah die,HANISAH peng'kaya' bicara..


“Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

 Thanks a lot to my BELOVED ROOMATE, syazwani 
[special card during final exam sem 1,10/11]
~i'm really appreciate it~


dan... saya sayang semua sahabat2 saya lillahita'ala..
 

Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi:
Daripada Abdullah bin Amr r.a., Nabi saw bersabda: "Sabahat yang terbaik di sisi Allah adalah sahabat yang paling banyak berbuat baik kepada sahabatnya"

 
~sahabat hingga ke syurga..ameen..~


Sunday, November 7, 2010

buatmu adikku sayang..

Dengan Nama Allah..
07/11/2010
~seven eleven~


selamat hari lahir buat adikku
"NURUL FARHANAH BT RAHMAT"
genapla umur kamu 17 tahun
mg mndpt keberkatan umur sentiasa

adikku,
          semakin bertambahnya usia, maka semakin hampirlah kite kepada kematian..bukankah ajal kite telah ditetapkan Allah sejak kite dilahirkan?sedarkah kite?..perlu ke kite berbngga dngan angka umur yg kian bertambah tetapi tidak seiring amal n iman kite?..sekadar renungan bersama,..panjangkanlah usia kite dengan bnyak melakukan amal2 soleh, pertingkatkan iman kite..kumpullah seberapa bnyak untuk bekalan kite di alam sana..

adikku sayang,
        ku sentiase mndoakn dirimu dinaungi rahmat dan redha Allah,ditunjuki hidayah-Nya dalam kehidupan... perjalananmu masih jauh lagi, di depan sana pelbgai cbaran2 dan ujian2 yg perlu kamu tempohi..kuatkanla dirimu agar tidak mudah terpedaya dengan perkara2 yang tidak baik..buatla sesuatu itu bukan ikut nafsu dan kawan semata2, tetapi  Islam must be the first..InsyaAllah, akan dikurniakan ketenangan dan kebahagiaan..kat mana2 pun kite,ingatla amanah kita.. sbgai hamba Allah, khalifah, anak, kawan, pelajar, masyarakat..

rindu kamu, teman 'gaduh2 mesra'..hihi


taun ni amek SPM
study selagi ade masa
usaha2!..doa jgn lupe..
[selamat mghdapi ujian 'dunia'(bak kate ust tasmik ku), bagaimana pula ujian di SANA? bagaimana persediaannya? luluskah kita?....]

~ ikhlas dari ku khas untuk mu,

Thursday, November 4, 2010

<=abas..& ..blog=>

dengan Nama Allah..

AHLAN WA SAHLAN
*******
*****
***
*
                                                                                                                                                         
 ~my 'hero' muhammad 'abbas~


=selamat kembali berblog=
=moga dapat memberi manfaat pada diri dan orang lain=
=rajin2 update & upgrade yup~~!=

~kawan2,bolehla menjenguk blog die di sini ~ 
*hihi..mempromote tu..*

[terkesima jap] adakah ini bermaksud, die mahukan LAPTOP nye kembali..!?[huaaaa~!]