Saturday, July 6, 2013

pre-Ramadhan

Bismillahirrohmanirrohim

"Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban,
dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan "

Setiap lepas solat, doa ini sentiasa kami panjat kan.
memohon Ilahi mengizinkan kami melalui bulan mulia kali ini.
Ramadhan..
berapa langkah saje kami akan menemui mu.
bulan yang dijanjikan Allah pahala digandakan.
bulan yang mendidik dan mentarbiyah kita.
Bersediakah kita ?

Aku merenung sejenak
Usia kini 25 tahun, kalau mula berpuasa seawal 7 tahun, 17 kali ku menemui Ramadhan
apa setiap kali Ramadhan membawa perubahan dalam diri ?
rasa rendah dan malu pada Mu ya Allah
Aku mohon rahmat dan kasih sayang Mu atas kekhilafan dan kelalaian dalam menjadi hambaMu

Ampun dan maaf buat yang mengenali diri
Mari kita persiapkan diri untuk menyambut Ramadhan Mubarak
Selamat menjalani ibadah puasa
Sama-sama mengejar pahala di bulan ini
tidak lupa mendoakan kesejahteraan umat Islam di pelusuk dunia
Allah..Allah..Allah

***********************************************************************

teringat memori Ramadhan tahun lepas
bersama atok dan nenek di kampung
walaupun pada mulanya macam cucu jaga atok nenek
tapi yang berlaku sebaliknya,huhu
moga Allah bagi kekuatan dan kesihatan yang baik buat mereka untuk Ramadhan kali ini

sweet couple until Jannah
belajar dari mereka:
'ketaatan seorang isteri terhadap suami sampai bile2'
kagum dengan nenek yang setia menjaga dan melayan kerenah atok
nenek tak pernah nak menyusahkan anak2nya
nenek pun jenis yang x berkira
dann nenek xde nak membebel2.hukhuk

beruntung atok dapat nenek tau
atok pernah cakap kat aku cmni, "ko tahu nape atok ngn nenek ko sampai sekarang ?"
aku cakap, "tak tau, kenapa tok ?"
atok pun balas, "ko dah tunang nanti baru atok gtau rahsianye"
huaaaaa.. atok bagi syarat pulak
sampai sekarang aku ingat janji atok
kene la cepat2 tunang...erkkk. :)
Sayang atok dan nenek
doakan kesihatan mereka ye, lebih2 lagi atok dah xleh nak bangun sekarang,dah x kuat



Wallahu'alam


Friday, July 5, 2013

Cuti-Cuti Sabah [Last Entry]

Sambungan...

25 Jun 2013(Selasa)

Pagi ni semua excited, sebab nak masak2 buat bekalan time mandi2 di Poring Hot Spring (kolam air panas). Kami decide nak bawak spageti dan cek mek molek. Bayangkan bile 4 orang dah masuk dapur, memang kecoh habis ala2 Master Chef gtu. Bagi jimatkan masa, kami bahagi2 tugasan. Aku masak untuk sarapan, buatla nasi goreng cincai2 saje. Ibu mengandung ngidam cek mek molek, siap2 beli keledek ungu kat Kundasang semalam. So, Zakiah duk uli2 cek mek. Cik Nad duk rebus spageti, Farhan buat sos spageti. Puas hati dapat masak sama2. Kemudian, kami siap2 dan pukul 12pm kami pun gerak. Plan nak g Sabah Tea Garden, bagi ikan makan kat Tagal Sungai Moroli dan last skali mandi2kat Poring Hot Spring .Last2 minit, ubah plan, kami terpaksa pergi Poring Hot Spring dulu, sebab mase tengah2 masak, air xde,kami plak belum mandi *kantoi..Jadi kite g mandi dulu baru jalan2.

ni hasil nnya. cek mek molek ungu menawan...

Sampai2 di Poring, kami bertiga agak terkejut melihat tempat mandi di sini. yang kami bayangkan ade kolam besar ke kann, rupenya kolah kecik yang di bahagi 4 setiap sudut. Gelak2 kami mase nak pilih kolam, sebab kami bayangkan boleh berkelah lah dengan bekalan makanan yang dibawa kat tepi kolam macam tepi air terjun gitu.haha

kawasan mandi2. nak masuk kene bayar RM 3 sorang
Akhirnya kami pilih kolam bawah ni, sebab xde orang dan ade kerusi nak letak barang. Dalam kolam ni, kite kene isi air sendiri, ade 2 paip, satu panas,satu sejuk..ikut kite nak tentukan suhu air kite. sementara tunggu air kolam penuh, kite minum dulu..
Jom minum air sarsi yang dibancuh oleh Cik Nad


nampak spageti sedapp tuu~

tengok tu, bekas spageti, besar x besar..haha
* ade 4 kolam, tapi kami decide nak gune 1 gak, kecoh gle kiteorg 
nampak x 2 paip tu. yang kanan sejuk,yang kiri panas..
ni nak balik dah..tengok tu ade air terjun gak kat cni

sebenarnya ade macam2 lagi kat dalam ni.tapi jauh lagi kott, tengok la jarak tu..
Bagi aku, sangat selesa gakla mandi2 kat sini. x ramai sangat orang, mybe weekdays. kalau yang pelancong2  foreigner pun diorg naik sampai atas2, x sesak2 la kat kolam mandi ni. Toilet kat sini pun banyak, selesa, x ramai orang seperti dikebanyakan tempat2 mandi lain.Parking pun banyak.bestla, tapi x leh lame2, nak ke Sabah Tea Garden plak. Dah lewat, so,plan  nak g tempat bagi ikan makan tu x jadi. 
Jom kite masuk Sabah Tea Garden
Menapak ke Kiosk dan Kafe
tempat membeli pelbagai jenis teh. Sabah Tea pilihan kami *iklan tv
[orang utan ni kawan Cik Nad. die merajuk sbb aku x belikan. nak buat gane,ongkosnye gak ade.sori Cik nad]
melawat tapak. 

Ladang teh


last snap 
Sabah Tea Garden tempat last kami g di Sabah. Esok sudah mahu pulang ke Semenanjung. Pulang ke rumah malam tu, kami perlu mengemas2 barang. 


26 Jun 2013 (Rabu)

Pagi ni,kami bertiga sudah mahu pulang. Oleh kerana Pokya kerja, mereka x dapat nak hantar ke Airport. So, kami naik kereta sewa sahaja. Tepat kol 9, kereta sewa pun sampai. ohh, naik unser rupenye. Muatla letak beg kami yang beranak pinak ni. haha. Saat ni rase sedih je, kembali lah Zakiah duduk sorang2 time Pokya keje. Kami sangat2 berterima kasih kat Zakiah dan Pokya yang sudi menerima dan melayan kami menjadi tetamu dan membawa kami pusing2 Sabah. Pengorbanan mereka sangat2 kami hargai dan kenang selama2nya. Semoga Allah merahmati,melindungi dan memberkati mereka. Lagi2, keadaan Zakiah yang kurang sihat sebenarnya, simptom2 ibu mengandung, tapi tetap ceria menceriakan kami. Moga baby dalam perut Zakiah sekental ibunya. Ampun dan maaf untuk salah silap.

rumah Zakiah dan Pokya. Jiran2 mereka juga orang semenanjung

x sempat nak bergambar kat depan rumah Za

beg beranak pinak.haha

Brunch di Airport

ni baru nmpak mcm kt Airport. tengok beg2 tu

menunggu... dah nak tinggal Sabah
bye2 Sabah. Moga Allah izin sampai lagi ke sini.
Alhamdulillah, kami selamat mendarat di LCCT kol 5.30 petang. Sekali lagi kami perlu berpisah untuk pulang ke destinasi masing2. Aku dijemput oleh mak,abah dan abas, Cik Nad seperti biase kaklong yang suka berdikari naik bas dan Farhan dijemput oleh kakak die. Moga ukhwah kite diredhai Allah sahabat2ku. Seronok bermusafir dengan kawan2, selain dapat mengeratkan ikatan yang ade, kite dapat mengenali antara satu sama dengan lebih dekat.Next trip boleh la plan lagi ye Ketua Cik Nad ~


Nak kongsi something yang unik kat Sabah ni, kata Zakiah kat Sabah banyak roudabout. Dari sebesar2 roundabout sampai la sekecil2 roundabout.hihi..x caye ? tengok ni....

gigih Cik Nad nak snap roundabout kat area Pasar Sinsuran

haaaa... ni cuma ade di Ranau. kalau kite x biase,mesti dah langgar je

Nota khas :

# pada tarikh yang sama, ade jugak kawan2 kami yang pergi ke Sarawak. Selamat bercuti kawan2ku disana, ema,nab,silah,matul dan fatin. x lupe Sarawakian Alan, shai dan hawa yg jd tourst guide diorang kat sana.

# yang lagi best, kawanku sorang ni nak ke Korea. Selamat berjalan ke negara orang sahabatku Syakila. Blog kasik update ye nanti, maybe boleh jd inspirasi kami tuk ke sana plak.


Cuti-Cuti Sabah [Sambungan]

Sambungan...

23 Jun 2013 (Ahad)

Pagi ni kami perlu kemas2, dah nak check out. Lebih kurang 12pm tuan rumah datang dan kami memulakan perjalan pulang ke rumah Zakiah dan Pokya di Ranau. Dalam perjalanan, kami singgah ke Rumah Terbalik.

Kenangan di ruang tamu homestay

sampai dah..

harga tiket RM 10 seorg

beratur kot org2 nak amek gmbr kat cni.
* kt depan kami ni beratur org tunggu turn,haha
 Kat sini hanya boleh bergambar area luar sahaja. Kami boleh masuk dalam rumah ni, tapi x boleh amek gambar. serius, rase pening bile masuk, tengok barang semua terbalik.. kerusi, meja, peti ais, mesin jahit, mesin basuh, katil, lagiii..semua la yg dalam rumah. Masa kat dalam tu ade gak la orang yang bagi penerangan, tapi kami yang kat belakang2 ni x dengar satu ape pun. So, google je la nak cari info :

"Rumah itu dibina di Tamparuli dengan kos sebanyak RM500,000 oleh usahawan Alexander Yee, yang mengusahakan sebuah lodge pelancongan di Sukau, pantai timur Sabah"- sumber http://www.lamankongsi.com/2012/03/rumah-terbalik-di-sabah-semakin-popular.html

ni contoh dalam rumah.
* sumber sama link atas

tandas terbalik pun ade !

sungguh Zakiah tolak rumah terbalik~~

no flat johor kete kancil terbalik ni *bangga2
Perjalanan kami diteruskan.Jalan yang dilalui berbukit dan bengkak bengkok. Walaupun begitu, kami dapat merasai kedinginan angin dan permandangan hijau sepanjang perjalanan. Terasa nikmatnya menikmati suasana sebegini, rase begitu dekat dengan jiwa, Allah..rindu sangat suasana ni bile dah sampai semenanjung.  Kami akan melalui Kundasang sebelum sampai ke Ranau. Di Kundasang ni lah terdapat Gunung Kota Kinabalu. 
x ingat name tempat ni, berhenti nak amek gmbr puncak gunung KK

x nampak puncak gunung KK. time ni jerebu. tp sejuk sangattt kt cni~

berhenti lagi tuk bergmbr, tp still x nampak gunung..huhu

rindu suasana ni...

singgah tuk bergambar saje

ni dah dalam Kinabalu Park. nak masuk kene bayar,dapat diskaun, RM 2 sorang

posing time ujan di depan pintu masuk.
Alhamdulillah, dalam 5.30 pm kami sampai di Ranau. Isi perut dulu di Pekan Ranau, baru pulang ke rumah Zakiah dan Pokya sekaligus menjadi tetamu pertama dari semenanjung.hikhik.. malamnye tiada aktiviti, duk simpan tenaga untuk hari esoknya.

24 Jun 2013 (Isnin)

Plan arini nak pergi Kundasang, nak g Desa Cattle Sabah dan Kundasang War Memorial. Tapi, arini Pokya keje, so, kami berjalan bersama mak dara je ok. Perjalanan dari Ranau ke Kundasang dalam 40 minit. Entah buat ape, kami keluar rumah dah pukul 2.45pm.haha. Terkenang2 keadaan yang mencabar nak sampai tempat lembu tu. Salute sangat kat Zakiah, sebab Zakiah baru dapat lesen P, bawak kete manual turun naik bukit yang berbatu2, x mati tauu.. nak harapkan kami bertiga, x bergerak la kete tu, manual dah lame luput dari  memori kami.haha..
jalan2 yang dilalui

selamat sampai dahh. nak masuk bayar RM 4 sorang

tu tu lembu2 kat belakang
berpeluang bagi susu kat anak. ehh, anak kambing
* mula2 takut, nampak x jauh bebeno nak bg susu,haha

anak lembu pun dapat susu. ni dah berani cket
*gmbar bg susu ni la banyak muka cuak memasing.haha.. 

boleh bagi makan rumput gak tauu, tp semuanya berbayar la.

kat sini la susu lembu diambil.ikut turn lembu2 ni..

ni yang kite nak.merasa susu segar dari ladang.berbaloi2..
* aku beli susu coklat, konon2 xleh nak telan susu aiskrim tu.. tp dah rase,ok la rase vanila
bersama VIVA yang banyak berjasa.

wajib amek gmbo kat batu kenangan ini
ladang yg luas.. 
Disebabkan dah lewat petang, kami x dapat nak menjejakkan kaki ke Kundasang War Memorial. Terus ke Masjid Kundasang, sementara Zakiah solat, Kami bertiga beraksi di luar seperti biase.

Masjid Kundasang yang dalam pengubahsuaian
Kate An,' Sabah besttt~~'

Kata Cik Nad,'Macam nak duduk sini lelama la,sejukkk'

^_^

jom jom jalan !
 Sebelum pulang singgah di Pasar Kundasang tepi jalan. Membeli belah barang dapur, nak masak2 kan esok. Lagipun, sayur2 dan buah2 sangat segar dan besar kat sini.Seronok tengok..

deretan kedai * gambar dari google

Buah-buahan yang segar *gambar dari google

Sayur pun segarr *gambar dari google
Selamat sampai rumah kol 7pm. Sangat puas berjalan walaupun satu tempat je pergi arini. Macam biasa, malam kami duduk rumah saje, menyimpan tenaga untuk hari esok. sambung NEXT ENTRY lagi ok~..