Thursday, January 31, 2013

kaklong's birthday

Bismillahirrohmanirrohim..

entri kali ni khas buat kakak terchenta

" NURLIYANA 'AQILAH BT RAHMAT "

sempena ulang tahun kelahiran yang ke 28 tahun pada 

31/01/2013

** kek yg dibeli sendiri olehnya untuk tatapan kami di rumah,hihi


untuk kaklong,

moga sentiasa dalam lindunganNya. Moga dimanfaatkan  usia yang masih berbaki.

Semoga terus tabah dan sabar mendidik anak2 murid yang banyak karenahnya.

dan moga menjadi anak yang prihatin kpd kedua org tuanya, isteri yang taat pada suami dan ibu yang akan menyayangi anak2nya [InsyaAllah, masanya akan tiba]


Kaklong dan suami


* hadiah besday ? nak balik umah arini.kalau tak, next year laa.. kuikui

Monday, January 28, 2013

Hari - hari terakhir

Assalamualikum semua..

pejam celik,pejam celik, akhirnya zaman sebagai student degree di UIA telah tiba. Pahit manis sepanjang bergelar student tidak akan dilupakan.Kenangan bersama teman2 susah senang sentiasa terpahat di hati. Sebelum meninggalkan tanah air UIA Kuantan, kami penuntut2 ilmu, dari kos COMPUTATIONAL & THEORETICAL SCIENCE (CTS), mudah dikenali sebagai sains matematik, batch 091/092 menempuh pelbagai halangan demi melakar KENANGAN TERINDAH..ececehhh.. Lets enjoy the pictures !

12.01.13


di CTS Square, bersama HOD, Dr Pah Chin Hee


di Sport Complex

di tangga besar OCD

berhadapan tasik di Masjid UIA
Jamuan akhir CTS 09

Setiap pertemuan, ada perpisahan. Moga kita berjumpa lagi. lagi2 bile ade undangan 'kad wangi' dari kawan2.

Wednesday, January 23, 2013

Aku Bercerita - RAM

Next Mission -->

perabis novel ini... [*br beli tu]



Sinopsis

SEORANG pengarang novel cuba menulis naskhah terbaharu. Malangnya, gejala writers block melanda. Suatu masa... dalam keadaan separa sedar ketika terlena, dia terlihat seseorang menggunakan komputer ribanya. Namun kelibat orang itu samar-samar. Sebuah cerita yang siap ditaip terpamer pada skrin. Sebuah kisah yang mengujakan, tetapi bukan dia penulisnya. Teorinya – mungkin dia ada berkarya tanpa disedari, tetapi minda logiknya ragu-ragu.

Satu demi satu cerita baharu ditemui lagi dalam komputer ribanya. Dia semakin galak mencuri idea-idea tersebut. Gaya dan teknik penceritaan memang menyerupai cara dia berkarya. Dia semakin seronok mengakui semua cerita itu adalah miliknya. Kemudian... semakin banyak kejadian pelik yang mengitari kehidupannya. Dia diburu sesuatu yang meremangkan bulu roma. Ada bahana muncul bertubi-tubi. Siapa suspek yang bertanggungjawab menghuru-harakan kehidupannya?

RAMLEE AWANG MURSHID ada sebuah rahsia yang lama dipendamkan. Rahsia dirinya sendiri sejak bergelar seorang penulis novel. Lama-kelamaan... andai belenggu misteri yang menggelisahkan ini tidak dirungkaikan segera, maka berakhirlah kariernya...

Tuesday, January 22, 2013

Salam Maulidur rasul 1434H


" Ada orang merindui kamu,
Walau dia tidak pernah bertemu,
Kerana cinta dan kasihnya kepadamu,
Lalu, dia menyatakan rindu,
Dia bertanya di mana kamu,
Itu rindu Nabi Muhammad kepada dirimu,
Di hadapan sahabat-sahabat agung,
Dirimu masih menjadi sebutan di bibirnya,
Ada orang yang jauh menunggu dekat,
Mahu bertemu diri yang satu,
Jemaah Syurga, itu adalah kamu. "

** SMILE, Irma Hasmie **

~ Marilah kita perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah S.A.W ~