Saturday, July 31, 2010

~diUJI..

31hb july,2010
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani..


mari dengar satu cerita:

pagi tadi telah berlangsungnya satu perlawanan badminton,anjuran mahallah maimunah..dengan semangatnya kami,pemain2(yg biase2 je) turun ke gelanggang di cf sister(atas)..[adibah,farhan,syahirah,ema,iffa,saya+pemain cilik,zarif dan syaza]..=)

alhamdulillah,perlawanan pertama, saya dapat menewaskan lawan..
perlawanan kedua, Allah izin, kaki saya terpelecok/terseliuh..Ya Allah sakitnya time tu..selepas dirawat oleh commitee disitu,perlawanan diteruskan..dengan semangat yang ada, alhmdulillah saya berjaya ke pusingan seterusnya..




~ini bukan kaki saya~

semi final=pukul 2pm, saya akan bertemu iffa yang sangat terror..
tapi, kecederaan yang saya alami tak mengizinkan saya untuk turun bermain..sakit yang teramat!
so, saya tarik diri, dan iffa akan terus ke final..


keputusan perlawanan:1-IFFA, 2-SYAHIDAH, 3-HAKIMAH
tahniah semua!!


4pm=pergi ke poliklinik shukri dan rakan2,dihantar oleh fatin ismail,dan ditemani oleh wan salihah..'kawan susah senang'-terima kasih banyak kamu berdua. hanya Allah dapat membalas kebaikan kamu..


inilah kehidupan..ketika kita sakit ada kawan membantu, jika kawan yang sakit, cepat2la pula kita hulurkan bantuan..doakan kaki saya cepat baik ye!..~nak main badminton lagi~


"Allah tidak membeni seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."al-baqarah:286


***ada sape2 tahu org yg pandai meg'urut' di sekitar kuantan ni??pompuan ye =)


Thursday, July 29, 2010

*kata~kata#


"Dunia ini ibarat tempat berlalu, bukannya tempat untuk terus menetap di situ. Kita hanya berlalu sampai saat ajal menjemput kita, kini tidak akan kekal di situ walaupun apa jua keadaan kita. Justeru, mengapa kita terus melakukan kejahatan di dunia ini jika kita tahu kita akan mati?"


"ingatlah bahawa jiwa yang suci akan memberi ketenangan kepada yang empunya diri, ketenangan ketika masih hidup, dalam alam kubur dan yang palig penting ketika berjumpa dengn Allah S.W.T"




kata-kata dari SYEIKH SOLAH ABU ISMAIL

Tuesday, July 27, 2010

~jouRnal searchiNg

TOPIC: SURFING AND SEARCHING THE INTERNET
task-> summarize 2 journal sites

1>OXFORD JOURNALS #http://www.oxfordjournals.org/#

"As a major international publisher of academic and research journals, Oxford Journals publishes and develops titles in partnership with the world's most prestigious learned societies. Our goal is to bring high quality research to the widest possible audience."

~this site has choice for language. the readers can search the journal by subjectshumanities, law, life sciences, mathematical and physical sciences, medicine, social sciences> or alphabet and also type the topic we want in search articles..easy right~?..In addition, at the right page..it has coloumn of information and service..advantage for certain categorizes like librarians, agents, authors, societies and members, and personal customers..and at the bottom, it shows the latest news which is it related to the journal..~


2> ASEAN Journal on hospitality and tourism #http://www.frescoverde.com/index.php#

"The main purpose of this international refereed journal is to advance and foster tourism and hospitality education, research, and professionalism in the Southeast Asia region. The journal provides a vehicle for increasing awareness, consideration and analysis of issues in tourism and hospitality, and also promotes the interchange of ideas, and comparative studies, both within the countries of the region and between these countries and other parts of the world"

The journal aims primarily at a wide range of persons who are concerned with the tourism and tourism-related issues in the countries of Southeast Asia region, for example:
#Those who are involve in planning, policy making and consultancy positions
#Those who are involve in tourism and tourism-related activities, at the executive and senior management levels
#Those who are involve in teaching and research on tourism and tourism related issues

From this page,we can:
>Tourism and Hospitality Journal in Asia, especially Southeast Asia region
>Free Download Edition of Tourism and Hospitality Journal Available for You
>Get Online Edition e-book Tourism and Hospitality Journal

Monday, July 26, 2010

memang BEST~!!

Assalamualaikum w.b.t..
ingin berkongsi beberapa program yang saya join diawal2 sem ini..

~UKHWAY DAY..#23hb julai 2010~

>lokasi:sekitar tasik bandar(tmpat biase dak2 uia jogging)
>melibatkan semua dak2 2nd year,cts*batch 091..(tp x semua yg dpt dtng)
>objektif: untuk memantapkan lagi ukhwah yg sedia terjalin

*nota kaki: awwalan, ucapan tahniah & terima kasih buat semua commitee..dan juga anda2 yang hadir untuk menjayakan n menceriakn program ini. Aktiviti yang agak santai, tp insyaAllah akan menjadi satu yang indah apabila dikenang semula..~seronok kan klu berukhwah fillah..

dan diakhir program setiap antara kami akan mndapat surat 'cinta'..cinta??,bukan..hanya pandangan org lain tntg diri kite dan kata2 nasihat..terima kasih kepada rakan2 yg komen diri ini dan memberi nasihat2 yang berguna..Mari kite pertingkat diri!(diri ini yang serba kekurangan)




~MALAM AMAL 'PALESTIN DIHATI'..#17hb julai 2010~


tempat: audi KOM
aktiviti: bacaan sajak,perkongsian pengalaman konvoi LL4G,konsert shoutul harokah

^perkongsian pengalaman..oleh ust. Mohd Nizam Mohd Awang dari haluanpalestin^


beliau menunjukkan video2 kejadian yang berlaku di atas kapal Mavi Marmara..sebelum dan ketika kapal diserang..Israel memang kejam!!..mula2 tngok,terasa sangat gerun..bgaimana mavi marmara didatangi puluhan kapal2 tentera,balingan2 bom dan peluru,helikopter..serangan demi serangan oleh pihak tentera zionis,..dengan suasana bertambah kecoh apabila terdapat relawan2 yg cedera..bgaimanalah keadaan diri ini jika berada di tmpat itu??..dengan izin Allah, mereka2 yang berada di ats kapal itu,tidak merasa gentar @ takut pun untuk melawan musuh2 Allah itu ->(ini tambahan drpd perkongsian relawan2 di tv)..benarlah,apabila hati kita sudah terikat dan dekat dengan Allah, kita akan rasa Allah sentiasa bersama, dan Dia lah sebaik2 penolong..~indahnya hidup jika hati dekat dengan Allah..

nak selitkan jugak,
~perkongsian oleh ust Noorazman Mohd Samsuddin, HaluanPalestin (Ketua Misi)
bertempat di Surau sg. Isap,kuantan(klu x silap)..#24hb julai 2010..~

-beliau berkata, apa yang berlaku ke atas Mavi Marmara adalah ketentuan Allah..sudah tercatat sebagai qada' dan qadar..banyak yang beliau kongsikan..sebagai penutup, ade 3 perkara yang beliau tekankan,iaitu:

1) doa
-doa senjata orang mukmin. dengan doa itu,mudah2an Allah makbulkan..[teringat kata2 ust. azman sewaktu tiba di klia,6hb62010..kata beliau,'kami bukanla wira,tp wira yang sebenar adalah anda2 yang sentiasa berdoa']

hikamah berdoa:"..sepanjang konvoi,mereka sangat bergantung kepada doa,mereka bersungguh memohon perlindungan drpd Allah..dan ketika kejadian, dapatlah disaksikan bantuan2 drpd Allah..antaranya, kedatangan ikan lumba2 sebelum serangan seperti membawa petanda, bom2 asap yang dilontarkan tidak masuk ke dalm kapal, bom cahaya yang kita tahu,cahayanya mampu merosakkan mata,tp dengan izinNya,cahaya yang dikeluarkan tidak begitu kuat..dan mcm2 lg.."

*dalam Al-Quran, Allah kata,'mintalah ape shaja kpdKu,akan ku perkenankan..'..justeru,mari kita perbanyakkan doa untuk saudara2 kita di Palestin khususnya,dan umat islam keseluruhannya..jangan putus mengharap..

2)bersatu
-mari kita bersatu wahai umat islam!..bersatu membentuk kekuatan..Ayuhh!!!

3)boikot
-usahala untuk memboikot produk2 yang menyalurkan dana kapada israel dan sekutunya.. carilah alternatif lain untuk menggantikan barangan yang diboikot..mungkin kita tidak rasa kepentingannya,sebab bukan ayah kita yang dibunuh,bukan mak kita yang dibom,bukan adik-beradik kita yang ditembak..kalau perkara ini terjadi kepada diri kita sendiri??..cuba fikir2kan~!

kembali semula,
MALAM AMAL diserikan denagn persembahan bertenaga shoutul harokah dr indonesia..
kongsi satu lirik lagu:



MUJAHID SETIA
bangkitlah mujahid bangkitlah
rapatkan barisan rapatkan
ayunkanlah langkah perjuangan
mati syahid atau hidup mulia

siapkan dirimu siapkan
gentarkan musuhmu gentarkan
takkan pernah usai pertarungan
hingga ajalkan menjelang

enyahkan rasa takut dan gentar
walau ragakan meregang nyawa
kerna Allah telah janjikan Syurga
untukmu mujahid setia



*mudah2an semangat dapat diteruskan dalam kehidupan..untuk menjadi hamba Allah yang sebenar2nya..mari kita pertingkatkan amalan dan rasa cinta kita kepada Allah.!!

Saturday, July 24, 2010

'Akhlak mulia,Allah suka..~'

Bismillahirrahmanirrahim...
syukur padaMu Ya Allah di atas nikmat2 yg kau berikan..

Dalam kehidupan, kita dapat saksikan pelbagai aksi @ragam @gelagat manusia..samaada yang baik atau sebaliknya..
apabila kita melihat orang:

  • berkata-kata dengan penuh adab

  • sentiasa memberikan senyuman tatkala bertemu

  • berpakaian yang kemas+menutup aurat

  • menjaga akhlaknya

  • dan bnyak laggii...

ape hati kita rasa??tenang kan!..sedap mata memandang,sejuk hati melihatnya..
dan bagaimana pula kalau kita melihat orang:

  • bercakap kasar

  • tidak tahu menghormati orang lain

  • tidak menjaga adab/cara berpakaian

  • dan macam2 lg..

mesti perbuatan2 ini tidak dapat diterima oleh hati kita.. dan kita pun tidak suka untuk melihatnya..

ape sebab 'hati' kita berkata begitu?? ..->kembali kepada FITRAH, yang mana fitrah manusia sangat suka kepada kebaikan.

Teringat satu 'pengisian' yang disampaikan oleh kak Fatimah Syarha semasa di CFS dulu..
Dalam satu situasi,seorang yang jahat ingin berubah kepada yang baik akan digelar HIPOKRIT(hanya dikalangan manusia)..adakah benar??..tanpa kita sedari, kita sebenarnya telah hipokrit dengan Allah s.w.t..sebab,(kembali kepada point tadi)fitrah kita memang suka kepada yang baik,tetapi kita telah menipu Allah dengan melakukan parkara yang tidak disukai oleh Allah dan bertentangan dengan fitrah..ini sudah jelas bahawa perubahan kepada kebaikan bukanlah sesuatu yang pelik kerana itu adalah fitrah kita..so,jangan takut untuk melakukan perubahan..

Oleh itu, saya mengajak diri saya dan anda semua untuk kita sama-sama pertingkatkan akhlak kita. Mana perbuatan yang ALLAH suka, kita praktikkan..yang ALLAH tidak suka, kita tinggalkan..Marilah kita lakukan perubahan selagi denyutan nadi belum berhenti..Kalau kita buat ape yang Allah suka, Allah akan sayang kite..nak tak Allah sayang kita?nak kan..!! ~jom berakhlak mulia..

Wednesday, July 21, 2010

Gaza perlu bantuan kesihatan RM16j

sumber->berita harian online
Laporan Wan Faizal Ismayatim di Gaza, Palestin
bhnews@bharian.com.my
2010/07/21




Hospital guna peralatan usia lebih 20 tahun


GAZA: Penduduk Palestin di Gaza memerlukan sekurang-kurangnya RM16 juta bagi memenuhi keperluan kesihatan, membeli peralatan baru serta meningkatkan kepakaran dalam bidang perubatan berikutan keperluan yang semakin mendesak akibat masalah kesihatan selepas serangan berdarah tentera Israel 18 bulan lalu.


Naib Pengerusi Kebangsaan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM), Datuk Wira Dr Bahari Abu Mansor, berkata jumlah itu berdasarkan penilaian terhadap beberapa hospital yang dikendalikan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS), sepanjang empat hari lawatan ke wilayah bergolak ini.


Katanya, PRCS mengemukakan butiran terperinci berhubung permohonan mendapatkan sokongan dan bantuan kerajaan serta rakyat Malaysia dalam menyediakan kemudahan itu kepada 1.5 juta penduduk Gaza yang sudah lama menderita.


“Jumlah itu diperlukan untuk memenuhi keperluan kesihatan penduduk, di samping meningkatkan kemudahan hospital yang hampir semuanya beroperasi dalam serba kekurangan dengan menggunakan peralatan lapuk yang berusia lebih 20 tahun.


“Permohonan PRCS akan saya bawa ke Malaysia untuk mendapatkan sokongan rakyat Malaysia dan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berhasrat memberi sumbangan boleh berhubung terus dengan PBSM,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas mengakhiri misi kemanusiaan selama empat hari di Gaza. Turut menyertai rombongan ialah Pengerusi Jawatankuasa Publisiti PBSM Malaysia, Datuk Ahmad A Talib dan Pengurus Pengurusan Bencana, Nasir Khan Abdul Rahman. Rombongan sembilan orang termasuk sukarelawan dan wakil media itu memasuki Gaza melalui pintu sempadan Rafah di Mesir pada Jumaat lalu, berlepas pulang ke tanah air dari Kaherah semalam dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang ini.


Dr Bahari berkata, PBSM akan berusaha mendapatkan sumbangan rakyat Malaysia dan NGO bagi menjayakan program Ramadan di Gaza, iaitu menyediakan makanan berbuka puasa kepada 1,000 penduduk di samping menghadiahkan pakaian Aidilfitri kepada kanak-kanak.


Dalam perkembangan sama, Dr Bahari berkata, PBSM akan mengemukakan cadangan kepada pihak berkaitan untuk melaksanakan program pertukaran doktor Malaysia dengan doktor dari beberapa hospital di Gaza bagi tempoh masa tertentu.


Sebagai contoh, doktor dari Malaysia boleh berkhidmat di Hospital Al-Quds di bandar Gaza sambil memberi latihan kepada doktor di sini yang kebanyakannya kurang kemahiran, manakala doktor dari hospital berkenaan bertugas di Malaysia untuk mencari pengalaman.


Beliau menyifatkan misi kemanusiaan empat kali ini amat berjaya kerana selain berusaha mencari jalan membantu penduduk Gaza yang ketika ini dikenakan pelbagai sekatan oleh Israel, ia membolehkan pihaknya melihat sendiri perkembangan bantuan yang disalurkan rakyat Malay-sia menerusi PBSM tahun lalu.


Sementara itu, Pengurus Besar Hospital Al-Quds yang dikendalikan PRCS, Dr Khalid A Qader Joudeh, merakamkan penghargaan kepada PBSM yang berkunjung ke wilayah bergolak itu untuk melihat sendiri keperluan dan kesukaran penduduk Gaza, terutama dalam isu kesihatan dan perubatan.

Sunday, July 18, 2010

sPeciaL foR yoU

18 julai 2010->selamat pengantin baru buat kamu!

~barakallahulakuma~
~semoga dapat menjalankan tanggungjawab baru dengan sebaiknya+dimurahkan rezeki+tabah menghadapi hari-hari mendatang~


#SUHAILI BT KHIDZIR#


~act,kak pengantin kawan kaklong(dari tadika)..tp,kami sekeluarga memang kenal pun ngan keluarga kak pengantin~
~sori kak pengantin,tak dapat datang kenduri->tak diizinkan blk umah~
~ape2pun,syima doakan kak pengantin+abg pengantin bahagia & berkekalan hingga akhir hayat~



kami sekeluarga sangat10x berterima kasih kepada kak pengantin yang bnyak membantu sepanjang mjlis kaklong..start->tunang,nikah,majlis...tenkiu kak pengantin!kamu memang BEST!!



syimanis162,
iium kuantan

Saturday, July 17, 2010

SUBHANALLAH..

segala puji bg Allah,Tuhan sekalian alam..

nak kongsi satu artikel ->berita harian(BMdua),04 julai 2010


INFO: Laut terbelah Jindo
#Berlaku dua kali setahun iaitu sama ada Mac atau Mei serta Julai.
#Secara saintifik, kejadian itu disebabkan penurunan mendadak paras air laut akibat pertembungan air pasang dan surut secara serentak.
#Ia juga disebabkan tarikan graviti antara bulan dan matahari.
#Fenomena itu berlaku selama sejam dan mendedahkan sebahagian dasar lautannya yang membentuk laluan menghubungkan daratan Jindo dan pulau sekitarnya.
#Menjadi antara acara tarikan utama pelancong ke Korea Selatan, setiap tahun.


Adakah kita masih ingat kisah 'laut terbelah' yang pernah berlaku pada zaman Nabi Musa? mesti ingatkan!..Dengan izin Allah, tongkat mukjizat Nabi Musa dapat membelah Laut Merah dan menyelamatkan kaum muslimin daripada dikejar tentera Firaun..


~kedua-dua kejadian ini menunjukkan kekuasaan Allah s.w.t..sama-samalah kita mentarbiyah hati kita dengan melihat dan mentadabbur alam ciptaan Tuhan..agar Allah sentiasa di hati kita..

syimanis162,
m.maimunah,iium


1st class,1st post (^_^)

In the name of Allah..

Assalamualaikum w.b.t.. exactly,today is my first class for subject in minor ict,..mdm. linda,our lecturer asks to us to create our own blog..so, i hope,i can use this blog my best..see you again in other post..salam perkenalan and do the best in your life..=)

syimanis162,
teratai lab