Wednesday, August 20, 2014

Bayar balik PTPTN melalui CIMB Clicks

PERHATIAN kepada graduan-graduan berstatus penghutang kepada PTPTN, bagaimana awak awak semua membuat bayaran balik pinjaman tersebut ?

Meh meh nak kongsi cara paling mudah. Actually, banyak je kan cara nak bayar TAPI cara ini menjadi pilihan yang mudah bagi saya.

Yang penting perlu ada akaun CIMB dan dah aktifkan  CIMB Clicks.

Let's begin

1. Buka website CIMB dan Login


2. Klik button 'Pay', pilih 'Bills' seperti dalam bulatan di bawah

3. Kemudian masukkan butiran seperti dalam bulatan di bawah

4. Dan akan keluar pop up macam ni, 
paling PENTING 'No. Surat Tawaran',
tu kene refer semula pada surat tawaran awal-awal dulu ataupun surat yang maklumkan bila kita kena mula bayar balik pinjaman

Kemudian, submit. SELESAI ! Proses ni ambil masa 24 jam, so, sehari lepastu boleh la check akaun kita kat website PTPTN, dah tolak ke belum

Lagi satu,  hanya charge 50sen dikenakan untuk kaedah ini. Bolehla kann.. 


Mudah ? So,  Marilah kita rajin-rajin membayar hutang. HAHA. Beginilahhh nasib.. Dengan rasminya, bulan April 2014 saya bergelar pembayar hutang tegar PTPTN. Terima kasih PTPTN ! Kalaulah aku kayaaaa ! hohoiii~

Thursday, July 24, 2014

Undangan mereka

** Pembuka tirai **

Ramadhan Al Mubarak

Bulan tarbiyah

Semakin hampir ke penghujungnya

Maksimumkan amalan dan ibadah

Kutip segala 'permata-permata' yang ada

Nanti keluar biarlah kita yang 'baru'

TaqabbalALLAHu Minna wa Minkum

Semoga Allah terima amalan kita dan amalan kamu


**********************************************

Kegembiraan di bulan Ramadhan, pabila tidak putus-putus menerima undangan walimatul'urus kawan-kawan. Dup dap dup dap kawan-kawan ku semua.

31 JULAI 2014
Suhailah UIA & Ulwi
Harith UIA & Nadiah




2 Ogos 2014
Zulkarnain & Balqis
Ikrimah & Aqilah UIA (belah lelaki, xde kad)



9 Ogos 2014
Murtadha UIA & Ahda



10 Ogos 2014
Rusydi UIA & Athirah (belah perempuan)



30 Ogos 2014 
Rusydi UIA & Athirah (belah lelaki)
Saifullah DQ & Balqis 


Mabrook buat kawan-kawan 

Selamat membuat persiapan diri & majlis

BarakALLAHulakum 

Cuba untuk hadir meraikan hari bahagia korang

Kalau tak dapat hadir, maaf ku pinta dari kalian, akan kutitipkan doa dari kejauhan



Friday, July 18, 2014

MH17

Malaysia menangis lagi


17 Julai 2014

Sebuah kapal terbang Malaysia Airline MH17 

Perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur 

ditembak dan terhempas di Ukraine (sempadan Rusia)

Tragedi itu mengorbankan 280 penumpang dan 15 anak kapal

**********************************************************
Allah. Allah. Allah

Teguran apakah dari Mu Tuhan ?

********************************************************
Buat keluarga mangsa

Takziah

Moga kalian redha, moga diberi kekuatan

Doakan mereka yang telah pergi dicucuri rahmat oleh Allah

Daripada Nya kita datang, dan kepada Nya kita dikembalikan

Bila dan bagaimana kita pulang, hanya Pemilik kita yang mengetahui

************************************************************
Segala penyiasatan masih di jalankan

Semoga mereka-mereka terlibat dipermudahkan segala urusan



** Teruskan berdoa untuk MH370 juga
*** Juga saudara-saudara kita di bumi Palestin




Sunday, March 30, 2014

Teruskan berdoa untuk MH370

8 March 2014


Kita dikejutkan dengan satu berita

Sebuah penerbangan Malaysia Airline MH370,

dari Kuala Lumpur ke Beijing

membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal

telah HILANG dari imbasan radar di ruang udara Laut Cina Selatan

dan sehingga KINI masih dalam MISTERI

********************************************************* 
Tiada yang mustahil bagi Allah

Allah yang mengadakan dan mentiadakan

Apa yang berlaku sangat2 memberi kesan mendalam dalam jiwa

Untuk menyakini Allah berkuasa atas semua yang terjadi

DAN

Pabila ada kajian demi kajian

Seperti adanya perancangan dari tangan-tangan licik

untuk mencapai agenda mereka

Hatiku sakit, Kejamnye mereka Ya Allah

*******************************************************
Walaupun kebenarannya masih belum terungkai

Yakinlah semua itu takdir Allah

Apakah hikmah di sebalik tragedi ini ?

**************************************************
Buat keluarga mangsa

Ujian ini amat berat

Tabahlah kalian

Sama-sama teruskan berdoa

Jika keadilan itu tiada di sini, ingat kita masih ada di sana



Monday, January 27, 2014

Tonton QADR

Movie di awal tahun 

QARD, Ketentuan itu pasti


" Dalam sebuah kemalangan bas, ramai mangsa dan masing - masing punya cerita dan kehidupan berbeza. Dari pengarah filem JUVANA, penulis skrip UMMI dan barisan pelakon yg memberi kesan, saksikan #QADR di Astro saluran 490 & HD 495 " - instagram Zahiril Adzim

******************************************

Ya, cerita yang sarat dengan pengajaran & peringatan
bagi kita yang masih leka dengan tipu-daya dunia.

Kita tidak tahu bila kita akan dipanggil Allah, tapi janji Allah MATI ITU PASTI

Adakah kita boleh menjamin ESOK kita masih hidup ?

Apakah persediaan kita ?

**************************************************************************

Allah... kurniakan kami hidayah dan petunjuk dalam hidup supaya kami sentiasa berada di jalan Mu

Jauhkanlah sifat2 mazmumah (x baik) dalam hati kami dan dampingilah hati kami dengan sifat2 mahmudah (baik)

Doakan sesama kita, jangan mudah untuk menilai dan mencemuh seseorang

**************************************************************************
TONTON DI SINI QADR, Ketentuan itu pasti [ thanks http://film.dfm2u.com/ ]

Patut pun BEST ! Pengarah Faisal Ishak & Skrip Ummi. Cerita2 mereka memang tidak menghampakan

Skrip yang padat dengan isi & video yang mantap

Moga turut memberi pengajaran kepada pelakon2 dan mereka yang terlibat untuk terus mempraktiskan arahan2 dari Allah.insyaAllah

Tahniah buat mereka2 yang terlibat

Teruskan berkarya dengan cerita2 yang memberi mesej 
KITA INI MILIK ALLAH yang pasti akan pulang ke kampung halaman sama ada NERAKA atau SYURGA berbekalkan amalan2 di DUNIA ini

Allah...  Moga ada dan sentiasa dalam RAHMAT MU YA ALLAH

~ suka watak ayah Dhia, walaupun diawal nampak sifatnya yang negatif, tapi dihujungnya dia meletakkan egonya untuk mengakui kesilapan dan meminta maaf kepada anaknya dan kepada orang yang diumpatnya. Mulia sungguh manusia itu, mengakui kesilapan diri dan meminta maaf kepada orang tersebut. Allah


(:  ENTRI SULUNG 2014  :)