Thursday, August 22, 2013

Syawal : Walimah kawan2

Bulan Syawal,

Kemeriahan jemputan walimatul urus sana sini

Boleh dikatakan setiap hujung minggu

Di kesempatan ini saya mengucapkan 

SELAMAT PENGANTIN BARU

BarakALLAHulakum..

Selamat menjalani bahtera rumahtangga

Semoga perkahwinan ini dapat menjadi jambatan untuk ke SyurgaNya

[10/8/2013]  Fatimah Amirah & Azam

[11/8/2013] Ucu Naimah & Hafis 

[17/8/2013] Izudin & Zatil

[17/8/2013] Syazana & Rashidi

[17/8/2013] Achik Anis Nadia & Khairy


** Tiada Gambar **
[17/8/2013] Safiah & Pasangan


Sedikit perkongsian untuk mu dan untuk ku :

"Pernikahan adalah.... 
akad untuk beribadah kepada Allah, 
akad untuk menegakkan syariat Allah, 
dan akad untuk membangunkan rumah tangga
yang sakinah mawadah wa rahmah.... 

Pernikahan adalah....
akad untuk meninggalkan kemaksiatan,
akad untuk saling mencintai kerana Allah, 
akad untuk saling menghormati dan menghargai, 
akad untuk saling menerima apa adanya, 
akad untuk saling menguatkan keimanan, 
akad untuk saling membantu dan meringankan beban, 
akad untuk saling menasihati, 
serta akad untuk setia kepada pasangannya 
baik dalam suka dan duka, 
dalam kefakiran dan kekayaan,
juga dalam sakit dan sehat....."
(bait2 dari buku di jalan dakwah ku gapai sakinah)
* x ingat copy dari sumber mana,huhu


Dan juga kepada bakal2 pengantin :

[24/8/2013] Siti Aqilah & Ikrimah
[24/8/2014] Hidayah Samsudin & Faizal
[31/8/2013] Liyana Aziz & Saiful
[31/8/2013] Kak Ina & pasangan


InsyaAllah, cuba untuk memenuhi semua undangan2 kawan2. Bagi yang tarikh sama, terpaksa ku memilih satu yang mampu untuk hadir. Maaf kawan. InsyaAllah, doa sentiasa ada untuk kawan2 :) 

** Tahniah juga kepada kawan2 yang baru mendapat cahaya mata. bessttnye, main2 ngn baby...huhu

Tuesday, August 20, 2013

Lagi 2013 : 2, 3 Syawal

sambungan RAYA KAMI..

2 syawal, macam biasa aktiviti BBQ+makan2 di rumah nenek belah abah. Pagi sampai ke petang membuat persediaan. Raya kali ni, semua lidah omputih.. menu : spageti+pizza+salad buah (yang buh mayonis)+ayam bbq. Semuanya sendirian berhad. air tangan sendiri tuuu. xde import2 tauu. gambar ? sori, memang xde. haha

3 syawal, plan saat2 akhir.. mau mghantar ini dua orang anak2 sedara ke gelang patah,jb. Alang2 dah ke sana, panjang lah langkah kami GENG raya WIRA abas. Sempat singgah di City Square dan Legoland.huaaaa,hahaha

Geng raya WIRA abas bertambah 2 ahli
kiri : fara, fatin, syima, abas, pana
Gambar di atas adalah di rumah nenek. Sebelum gerak, kite posing2 dulu.kihkih.. Hampir 2 jam sampai la kami di City Square, saje la nak jalan2, xde nak beli papepun. Masuk2 car park CS, kami semua teruja dengan sistem parking di situ. Macam buat mission dalam tu, cari lampu hijau (parking kosong). pastu setiap arah akan kluar nombor jumlah parking yg kosong, so, kami perlu cari lampu hijau tu lah..kalau ade 1 parking, semangat kami mencari, tp tup2 ade kete dah nak parking, haha.. Last2 mission completed, parking kat basement 3 yg xde org.kihkih..aloooo, gambo2 dlam hset la plakk. xde la gmbo kami di CS.sori.

Tempat yang nak sanggatttt dituju LEGOLAND. Sampai2 dah tghari, faham2la cuaca time2 macam tu, panasss sangtt kott. 

haha.. setakat sini yang mampu kami pergi. Semua x sanggup nak redah panas.haha

perhabis duit kat kedai2 belakang tu je. haha

tuuuu..ade LEGOLAND 

Pastu, terus la hantar fatin dan farah. Al-kisah nya, dekat la sangat2 Legoland ni ngn rumah diorg. Kata farah, bulan 9 ni baru siap taman tema air dalam Legoland tu, so lepas bulan 9 la kita masuk betul2 dalam Legoland. Kumpul duit dulu la sekarang nii.. Dah hantar diorg, kami terus balik Segamat. x de berhenti mane2 dahhh. Ahad duk umah saje, rehat2 dan isnin kembali bekerja. syokkkkk tuee !

Monday, August 19, 2013

2013 : 1 Syawal

Allahu Akbar, Allahu Akbar, ....
Takbir raya bergema seusai solat isya'...


' Taqabbalallahuminna wa minkum '
Semoga Allah terima amalan2 kita sepanjang Ramadhan

Salam Aidilfitri 1434H
dari saya dan keluarga

outdoor posing ^ ^
Dengan izin Allah, raya tahun ni cukup kuota lagi, kaklong dan abang ipar raya di Segamat buat ke berapa kali entah, haha.. Jadi, sedikit kekecohan di pagi raya dengan suara kaklong yang akan menyuruh adik2 nya itu dan ini. 

Selepas solat raya, makan2 dan bermaaf2an, kami bergegas ke rumah Mak dak & Pak dak di Bukit Siput memandangkan kaklong teramat sangat untuk berjumpa si comel Izzah, anak Syukrina (anak Mak dak & Pak dak) yang belum ditemuinya sejak dilahirkan. Seperti biasa, pabila bertemu dua keluarga ini, gamatla suara memasing di teratak Mak dak & Pak dak.

ni lah budak excited nak jumpa baby Izzah

kami wanita2 solehah. *yang laki xde gmbo
Selesai rumah pertama, kami terus ke Kampung Bumbun, mengunjungi keluarga Pak Cik Khidzir & Mak Cik Mariah. Keluarga rapat dari kami kecik2 lagi. 

dari kiri : kaklong main ngan Aflah, Mak Cik Mariah, Suhaili, Mak Cik Hawa, mak
Raya kali ni, berkesempatan berjumpa Mak Cik Hawa atau Cikgu Hawa, yang mengasaskan Sekolah Nursalam, tempat kami adik-beradik mendapat tarbiyah Islam di usia kanak2. Banyak kenangan manis di sekolah swasta ini yang tidak akan dilupakan. Kadang2 rindu untuk bertemu guru2 dan rakan2 Nursalam. Di sekolah ini jugalah, keluarga kami menjadi akrab. Tambahan lagi, kaklong sekelas dengan Suhaili (anak Mak Cik Mariah) dan mereka sentiasa berhubung sehingga sekarang.

Seterusnya, rumah WAJIB datang, rumah Mak Endon, jiran kami. Walupun Mak Endon kurang sehat, beliau tetap melayan kami seperti biasa. Kami doakan Allah bagi kesihatan yang baik untuk Mak Endon.

satu2 gambar yang ada. EMAK
Kemudian, kami pulang ke rumah sebab dah nak Zohor. Selepas solat, kami sudah mahu bergerak pulang ke kampung nenek atok di Batu Pahat.

geng raya WIRA ABAS
Sampai rumah nenek belah abah. yang ade family Cik aim, x sempat plak bergambar. Selepas salam2, makan2, sempat tengok badminton match jap terus kami gerak ke rumah nenak belah mak plak. Penuh umah nenek dipenuhi sanak-saudara. Aktiviti malam kami, melayan kanak2 bermain bunga api dan pop2 yang hanya tinggal berapa la sangat.haha..

dari kanan : maya, rania, muaz, muzaffar

tuu diaa abas, adek, kaklong melayan diorang ^ ^
hikhik... bunga api habis stok, bergambar la plakk
sepupu2 yg kenit2 lagi
gambar sendiri kene ade la kann. aku dan Tengku Rania comeyy
Raya malam tu diteruskan lagi, kami berkonvoi ke rumah Mak Long di Bagan. Dapatla kami berjumpa anak sedara, Muhammad dan Iman Tihani. 

Mak Cik Pana bersama Muhammad dan Iman Tihani

maya, kak ina dan anaknya,muhammad dan nisa'
Last rumah kami beraya malam tu, rumah Cik Mon di Sungai Kajang. Memasing dah keletihan, x teringat nak bergambar kenang2an. haha.. Akhirnya, kol 11 kami sampai di rumah nenek belah abah semula, dan aktiviti bermain mercun dan bunga api baru bermula...lalaala~~

semua tunggu maya balik, memang meriahh kott
Sekian saja 1 syawal kami. Moga Allah berkati hubungan silaturrahim kami semua. Indahnya raya, dapat berkumpul dan berjumpa sanak-saudara meraikan hari kemenangan bersama.

Dalam masa yang sama, tidak lupa untuk panjatkan doa kesejahteraan saudara2 kita juga di bumi mesir yang berjuang menegakkan yang haq di sana. Moga Allah kuat kan iman kami dan iman mereka. Doa senjata orang mukmin. Teruskan berdoa untuk saudara2 kita di mana2 jua mereka berada. Ingatlah, Allah akan bersama dengan orang yang sentiasa mengingati dan meminta kepadanya.