Thursday, November 10, 2011

| Solat Dhuha |


Dari Abu Hurairah, ia berkata: “Kekasihku Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara: [1] puasa tiga hari setiap bulan, [2] dua rakaat shalat Dhuha dan [3] melaksanakan shalat witir sebelum tidur.”
[HR. Bukhari, Muslim, Turmuzi, Abu Dawud, Nasa’i, Ahmad dan Ad-Darami]

~ ~ suatu ketika dahulu, ketika zaman sek. men.. kami sudah didedahkan dgn solat dhuha,..[ biase pas gotong-royong asrama hr sabtu ].. solat ramai2 di surau.. *tahu,ikut,buat <-- time tu trsngt2la cetek ilmu ..bile hr lain2 x buat pun,wlaupun ade je kawan2 yg buat..
~ ~ TAPI,bile makin dewasa ini, barulah terase,tersedar dan menyedari tuntutan solat dhuha ini dalam kehidupan. Bertatih2 untuk terus istiqamah..kita tidak punya apa2, maka kepadaNya kita mohon segalanya..Mudah2an rezeki Allah tidak putus2 diberi kpd hmbaNya..ingat ! mksud rezeki itu luas, tidak hanya pada duit semata2..
~ ~ cerita seorg kawan : mase zaman kakak die belaja, akak die tidak tahu ape pekerjaan yg die akan dapat selepas tamat pengajian.Tetapi dengan izin Allah, lepas je habis blaja, akak die ditawarkan pekerjaan serta-merta, mudah kan !..KUNCI nye ape? Akak die mengamalkan Solat sunat dhuha dan membaca surah al-waqiah setiap hari..nampakkan ? Allah memberi rezeki kepada kakak tu dengan memudahkan die mndapat pekerjaan, sesuatu yg die tak sangka..ALLAHUAKBAR..
~ ~ Naik sem ni, ade sorang kawan, Najwatul Jamilah a.k.a WAWA memperkenalkan nasyid dhuha [dengarla video di bawah]..sangat2 terkesan dengan maksud2 setiap rangkap doa ini..Mari kita sama2 menghayati maksud doa ini seterusnya dapat menggerakkan hati ini untuk melakukan ibadat sunat ini.

| DOA DHUHA |

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Shalat Dhuha itu dapat mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran. Dan tidak ada yang akan memelihara shalat Dhuha melainkan orang-orang yang bertaubat.”

[HR. Turmuzi dan Ibnu Majah, hadis hasan]


JOM AMALKAN SOLAT DHUHA !

Wednesday, September 28, 2011

hari bahagia kawan2

Dengan Nama ALLAH..

Alhamdulillah,sekarang sudah masuk minggu ke 3 untuk SEM 1,bagi Tahun 3.. permulaan sem ini telah diserikan dengan *undangan dan jemputan* walimatus urus [wedding] kawan2..ade kawan sek rendah,sek menengah,DQ dan UIA..

entry kali ini KHAS buat semua PENGANTIN BARU::::::::---->>>

Doa Untuk Pengantin 
Ya allah ya Tuhan kami, kurniakan rahmat kepada (pengantin) suami isteri agar kekal abadi, aman damai yang berkekalan di alam rumahtangga, sihat walafiat, dimurahkan rezeki dan dilanjutkan usia dengan mendapat zuriat yang soleh serta mendapat syafaat daripada junjungan besar Nabi Muhammad saw.
~ Amin ya Yabbal Alamin ~


Kita mulakan....,

10hb september 2011
~SITI MUNIRAH [DQ,UIA] & FIRDAUS~
*penang*






kemudian,

17hb september 2011
~AISHAH [SKKT] & pasangan~
*taman kekwa,kg tengah*







ini adalah majlis yang tidak dpt dihadiri...


24hb september 2011
~Faridah [SMKAS] & Ridhuan~
*simpang renggam*


*



dan pada hari yang sama,


24hb september 2011
~Sarah [DQ] & Syed~
*seremban*





DAN yang ade dalam LIST untuk bulan depan,bulan oktober...
# 2  oktober 2011 = hamidi [SMKAS]
# 22 oktober 2011 = anis atiqah [SMKAS]



Barakallahu laka wabaaroka 'alaika wa jama'a bainakumaa fii khair
 [Semoga Allah memberkatimu dan meletakkan keberkatan ke atasmu serta menghimpunkan kedua kamu dalam keberkatan]



"Semoga perkahwinan kamu kekal sehingga ke akhir hayat dan insyaAllah sampai ke syurga" ameeennn... :D


Tuesday, September 13, 2011

edisi raya 2011

salam Aidilfitri
maaf zahir dan batin
dari KAMI

1 syawal
 - bersama family-
~keceriaan di pagi raye~
* eh,de sorg je senyum x nmpak gigi..
~ warna-warni hr raya ~

5 syawal
- konvoi raya SMKAS 1-

di rumah mira (chaah)
di rumah ustzah khalijah

 8 syawal
- konvoi raya SMKAS 2 -

rumah ust yazid @ zaid akhtar
rumah ust nazom & ustzh zuliana
** tiada gambar : 4 syawal - konvoi raya SKKT-

* semua gmbr adalah original..sbb sy malas nak edit

terima kasih~

Thursday, August 18, 2011

Oh indahnya..

bismillahirrohmanirrohim





~ Ramadhan kareem ~
bulan keberkatan.bulan kerahmatan.bulan keampunan.



Sekejap sahaja, sekarang sudah 18  Ramadhan. Bermakna sudah separuh bulan kita berada dalam madrasah Ramadhan. Tapi terfikirkah kita adakah kita benar2 menghayati bulan tarbiyah ini ?

Sangat istimewa berada dalam tarbiyah Ramadhan. 

Diajarkan kita untuk bangun seawal 5.00 pagi untuk bersahur, dan juga mengisi masa yang ada dengan solat sunat ataupun zikir. Kemudian, dianjurkan juga untuk bertadarus Al-Quran. Bertepatan dengan peristiwa Nuzul Quran yang berlaku dalam bulan ini, ambil peluang bulan ini untuk kita sentiasa hampir dengan Al-Quran. InsyaAllah, amalan ini akan berterusan ke bulan2 yang lain. Bukan sekadar membaca, tapi cuba untuk memahami kandungan Kalam Allah ini dan seterusnya dapat di praktikkan dalam kehidupan. Mudah2an dengan usaha kecil kita ini, Allah memberi petunjuk atau jalan untuk kita menjadi hamba yang terbaik disisiNya. Ingatlah, Al-Quran merupakan syafaat/pertolongan semasa di alam kubur nanti. Orang yang membaca Al-Quran, kuburnya akan diterangi dengan nur/cahaya. 

Dan yang paling seronok, adalah waktu berbuka. Sudah tentulah ia berkaitan dengan juadah ataupun makanan. Rasulullah sangat menggalakkan untuk kita menyediakan makanan untuk orang yang berpuasa kerana akan diberi pahala sebagaimana orang yang berpuasa. * bonus untuk orang perempuan yang di beri ‘cuti’. Bukan tu saja, ambil peluang ini untuk kita rajin bersedekah, memberi makn kepasa jiran2 dan orang2 yang memerlukan. Seterusnya, solat tarawih. Ibadah yang takde dalam bulan2 yang lain.

Inilah Ramadhan, pelbagai amalan2 sunat dihidupkan.Dan sudah tentulah ganjaran pahala yang tidak terkira pada bulan ini. Terpulang pada diri masing2 untuk memperolehinya.

Benar bukan,.. Ramadhan bulan melatih kita untuk menjadi seorang muslim dan mukmin yang benar2 bertaqwa kepada Allah. Amat rugilah jika tarbiyah Ramadhan ini tidak memberi kesan dalam diri kita.Sama2 kita renung2kan dan mari gandakan amalan di hari2 yang masih berbaki ini. Moga Allah beri kekuatan..

~ peringatan buat untuk diri sendiri juga..



Wednesday, July 6, 2011

siapakah yang mendapat naungan Allah pada Hari Kiamat..?

Abu Hurairah melaporkan, Nabi Muhammad pernah berkata, "Ada tujuh kategori manusia yang mendapat naungan daripada Allah pada Hari Kiamat. Mereka adalah...
1- pemimpin yang adil
2- pemuda yang sejak kecil sudah beribadat kepada Allah
3- orang yang hatinya terpaut pada masjid-masjid
4- dua individu yang saling kasih-mengasihani,berkumpul dan berpisah kerana Allah
5- lelaki yang dipikat oleh wanita yang mempunyai status dan kecantikan tetapi dia berkata, 'percayalah,saya takut kepada Allah'
6- orang bersedekah dan merahsiakan sedekahnya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanannya
7- orang yang ingat pada Allah dalam keadaan sunyi lalu menitis air matanya

[direkodkan oleh Bukhari dan Muslim]

Wednesday, June 29, 2011

SALAM 27 rejab~! (2)

.....................................


3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).


- Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.


- Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.


- Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.


- Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.


- Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.


- Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.


- Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).


- Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.


-Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.


1- Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:


Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.


4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.


5. Selepas Mikraj


Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.


(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.


Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.


Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.


Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). 


wallahua’lam..

SALAM 27 rejab~! (1)

sedikit perkongsian untuk semua...

sumber : http://fullfilth.blogspot.com

Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27 Rejab

1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.


- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).


- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).


- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.


- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.


- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.


- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.


- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.


- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.


- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.


- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.


- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.


Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

[panjg sngt] to be continued..next entry yaa ~

Saturday, June 4, 2011

khabar gembira.

KHABAR GEMBIRA UNTUK ORANG2 YANG BERIMAN
[ SURAH AL-ANKABUT,ayat 56-59 ]

56. Hai hamba2Ku yg beriman, sesungguhnya bumi-Ku luas, maka sembahlah Aku saja
57. Tiap2 yg berjiwa akan merasai mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan
58. Dan org2 yg beriman dan mengerjakan amal soleh, sesungguhnya akan kami tempatkan mereka pada tempat2 yg tinggi di dalam Syurga, yg mengalir sungai2 di bawahnya, mereka kekal di dalamnya. Itulah sebaik2 pembalasan bagi org2 yg beramal
59. (yaitu) yg bersabar dan tawakal kepada Tuhannya

Thursday, May 26, 2011

terlalu istimewa.

Bismillahirrohmanirrohim..


ASSALAMUALAIKUM s e m u a . .


Entry kali ini ingin bercerita mengenai dia yang istimewa. sape die??
dielah kakakku 'istimewa'==>SUMAYYAH ALIAH..
"penghuni syurga",dilahirkan down syndrom, tidak dihitung pahala/dosa,
sungguh ISTIMEWA nye kamu~!!
gambar time kanak2 comel.
dia (kiri) bersama adiknya..
kewujudan dia di rumah seperti anak kecil..
walaupun usianya kini sudah menjangkau 24 tahun.
kalau tak dengar celotehnya,dengarla jerit2an yg membingitkan telinga(mengamuk)..
adakala mood nye baik,seronok berborak,bergurau,berlawan suara dengannya..hihi
tapi sekali dah meletop,hoho...i cabut dulu..


walaupun begitu, kadang2 keletahnye bnyak memberi pengajaran..
lebih dari kite yang normal ini...
antaranya....:::-->>


SITUASI 1
ketika dalam perjalanan,melalui kawasan perkuburan cina.
maya: syima,ni kubur ape?
aku: ni kubur orang cina la maya
maya: owh..klu kubur syima mcmane?
aku :....(dalam hati,kubur orang islam kot)
tak lama lepas tu,lalu kawasan perkuburan islam..
aku: maya!!..ni la kubur org islam..
maya: owh..cmni ehh..
kemudian,lalu lagi kawasan perkuburan islam.
maya: syima!..syima!..ni kubur syima kan!!?
aku: ..errkk...


~sebenarnya die nk ingatkan diri ini bahawa suatu hari nnti aku juga akan berada di situ..
kerana setiap yg bernyawa pasti akan mati..dan teringatla firman Allah dalm surah Al-Anbia',ayat 35:
 "Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan."


SITUASI 2
Abah pulang dari surau dengan membawa sebungkus nasi dan senaskah Yaasin..dapat lepas g kenduri kot..terus maya mencapai  Yaasin tersebut(bukan nasi tau)..
maya: (terus baca)..Yaasin~...syima,nanti mak ngan abah meninggal kene baca yaasin kan!?..nanti kite sedih,huhuhu(konon2 nangis)
aku: yee..kalau syima meninggal pun,nnt maya bacakan yaasin tau~!
maya: kalau maya meninggal pun,bacakn ya'sin tau..!
aku:---senyum---


SITUASI 3
ketika makan di dapur.
mak: maya,tolong amekkan air kt dlm peti ais..
maya: (amek air)..nah mak~
mak: terima kasih (nada perlahan)..
maya: mak tak cakap terima kasih eh?!
mak: kan mak ckap td..
kami: (senyum2)..


~[kesan didikan abah] bile terima pape, biasenya abah akan kate kt die.."cakap ape maya?.."..nnt die jawab.."terima kasih abah~!"


dan banyak lagiii...
dan antara crite2 lucu..


SITUASI 4
aku ke dapur untuk makan cekolet,bukak la peti ais..
maya: syima makan apeee!?
aku: makan papela yang boleh dimakan...
maya: urm,makan ayam..!(sambil berjalan ke ruang tamu)
aku: a'ah..makan ayam..
maya: urm,makan lembu..!
aku: a'ah..makan lembu..
bersambung2la ngn binatang2 lain..dan yg geram tu die boleh kate..
maya: urm..makan b4b1..(sambil sengih2)
aku: ape!?...mayaaaaa!!!..


SITUASI 5
dalam perjalanan,singgah solat di masjid..
maya duduk mnjaga beg sementara menunggu kami solat..
bukan tidak boleh solat,tapi memang die tak solat..
kemudian, ade sorang mkcik mendekati die dan bertanya something..
so,masa dalam kereta,tnyala die..
mak: maya,mkcik tadi tanye ape..?
maya: ntah,kite mals nk layan..
(kami duk gelak2 dah)..then,die sambung jawab..
maya: die tanya,boleh solat ke tak..
          kalau tak boleh,..duduk kat luar..
          (die smbung sendiri)
          kalau hilang,padan muka...(dengan nada dia)..


gmbr terrkini..
macam2kan~~kdg2 kaletahnye mencuit hati,kdg2 geram pun ade..
haha..
ape2 pun,nak mnjaganye perlu memiliki tahap kesabaran yg tinggi..
betul tak mak ngan abah??..banyak pahala mak ngn abah tau~!!


tak lama lg besday maya,12 jun ni..epi becoming birthday k a k a k  m a y a ~ ! !


ok, ni saje tuk kali ini.. next entry kite cite lain plak ye..~

Monday, May 2, 2011

tukar.

M A A F
~blog sedang dikemaskini
sedikit.sedikit.
mengikut mood.masa.keadaan..~


Sunday, April 10, 2011

sem 2,year 2 dalam ingatan~

Bismillahirrohmanirrohim...
ASSALAMUALAIKUM semua...

akhirnya..habisla sudah sem 2 untuk tahun ke 2 ini..,mksudnye spnjg tu jugak la blog kesayangn ini sunyi-sepi..rase mcm sekejap je,tapi tengok2 hmpir 2 bulan gak blog ini tak di corat-coret..

waa...sem yg sngt mncabar..lain dari yg lain..~perlu la kan untuk merasai benda baru,pengalaman tuuu!ni nak story cket..bermula sem dgn bahagia nyer..2 klas minor ict x start lg,lecturer xde..so, juz 12 jam seminggu je klas..bahagiakan namenye tu?!..haha...then, after mid-break je,jdual mula rancak,bermula la klas minor yg sangat dinanti2kan itu..bayangkan~..nak kene cover semua chapter dlm mase separuh sem!!?x ke haru!..seminggu nak 2/3 klas utuk satu subjek minor itu..x cukup siang,malam plak,x cukup malm,maka, perlula kami korbankn weeknd plak...~seronok tngok org lain bole menikmati ujung minggu dgn aman,huhu..disebabkn bnyak lg chapter yg perlu dicover,tiap2 kelas de presentation..smpila minggu terahir nk exam..ini br klas,x campur lg quiz+assignmt..huhu

kemudian,kami diuji dengan jadual final exam..jadual yg ntah bape kali berubah,dan akhirnya...jadual yg mmg kompem [30/3,1/4,3/4,5/4,6/4,8/4]..mmg terBAIK~!..klu ikutkn dlm jdual uia,exam final start 31/3 till 16/4..tapi kiteorg exam sebelum tarikh tu lg..tarikh xde dlm jadual~!..mmg terbaik la uia~..pulak tu,exam nye berturut2..mmgla best hbs awal,..tapi..mmm,faham je la kn..xpe,dh lepas dh pun..lg satu,pnglamn kluar exam awal dr mase sebenar..bukan sorg,tp satu klas,hehe..yg ni dak2 ict je la yg faham..kan2!!?..

dan yg lg mencabr,di saat akhir mggu nak exam tu,uia dengan bngga nye mengeluarkan arahan untuk mengosongkan bilik during long holiday..atas sebab maintenance n untuk arrange student by kuliyyah for each block...perlu ke notis itu dikeluarkn selewat itu?!..mybe bg u lain or uia gombak,perkara ini x jd masalah besar,sbb mereka mmg sedia maklum n telah dilaksanakan sebelum2 ini..tapi bg kami di cni,x pernah kot kene kosongkn bilik time cuti ni...make nyer,time nk exam ni la,duk pkir mane nak cr kotak,brg mane yg nk kene bwk balik..tiap mase la pkir,mmgla org kate,pas exam la br pkir..tp mane bole,tngok buku yg giler punye bnyak tu,pkir mane nk simpn ni,..mmg akn kene pkir gak r..so,nk pendekkn citer,ramai la x brpuas hati dgn issu ini..dan mcm2 lg la perkara yg berlaku spnjg tmpoh tu...prbincgn di group pun sudah,dialog pun sudah..berbuih bnyak mane pun keluhan kami, arahan tetap arahan...ikut saje la,..dan skrg ni pun br habis mengangkut brg2 ke bilik org [jdikn store semntara]..yg pelik nye,kate kene kosongkn bilik tuk maintenance, tp gunekn bilik org gak tuk jd kn store...hahaha,mmg sgt tidak faham..nk wt cmne,layan kn je...ok,tu dh lepas,so untuk yg akan datang,harap2nye,pihak berkenaan dptla merancg dgn sebaik2nye..kami x nak masuk buln 9 nnt, keadaan kelam-kabut ini berlaku lg..dgn x tahu bilik mane,parking kete tuk punggah brg2 yg penuh,dan mcm2 lg..

untuk roomates ku yg disayangi WANI,MUNI,WAFDA..slmt truskan perjuangan~!.. study..study..study..ngeee~ ape2pun,doa la sem depan kite dpt duk sebilik lg...x nak pisah ngn korggg!! wlupun k syima blk awal sgt2 dr korg [x yah jeles2 la,hihi], korg tetap dlm ingatan..jgn rindu2 n all the best for ur last paper k!..~lg satu,redha dgn ape yg berlaku..sejuk2kn hati tu..xde lg la 'kite bakar,kite bakar' tu yup~

ALLAH..peneman tika susah n senang, tempat luah segala macam, setiap susunan Mu itu sangat indah, ade hikmah tak terjangkau dek akal ..
ALLAH..lembutkan hati ini, terima dan redha dgn selapng2 lapang nye..tiada dendam,tiada segalanya..

akhirnya...selamat bercuti kawan2~!..jgn lupe doa,smoga semua beroleh kejayaan,insyaAllah..moga 5 bulan ini dimanfaatkan sebaiknye~..panjang umur jumpe lg next sem ya !

Tuesday, January 18, 2011

wahai P E M U D A 2 I S L A M ! !

P E S A N A N  U L A M A K

Wahai pemuda2 Islam! kamu sangat2 dituntut supaya bekerja dengan lebih keras dan bersungguh-sungguh. Rasa malu, silu, malas, segan dan sifat tunggu dulu, jangan dibiarkan wujud sama sekali di jiwa kamu. Terus maralah kamu untuk berdakwah ke jalan Allah.

Sampaikanlah risalah Islam yang kamu bawa ini kepada manusia. Semoga dengan usaha ini terukirlah pula zaman kegemilangan Islam, sebagaimana yang telah dicatat oleh sejarah. Kamu semualah satria pembawa risalah, tulang belakang ummah mulai sekarang dan hingga ke hari muka.

Usaha dan jihad pemuda2 merupakan satu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha kearah keagungan dan kegemilangan akan terkabul di tangan belia2 Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi.

Sebagaimana semua kita ketahui, bahawa angkatan belia adalah merupakan satu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah islamiah, hingga jiwa2 mereka ini penuh padu keimanan yang tulen sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.

Disebalik keagungan dan ilmu ketamadunan Islam, maka kita dapati generasi belialah yang dianggap telah memainkan peranan yang begitu hebat, hinggakan keagungan Islam tercapai di tangan mereka amat kagum sekali. Mereka tidak tertipu dengan kemewahan yang mereka perolehi di dunia ini. Mereka terus berusaha, bekerja dan berjihad untuk berdakwah ke jalan Allah, hingga tercapai segala hasrat dan cita2 mereka yang suci murni itu.

Duhai pemuda2 Islam! Semoga kamu akan menjadi perwira Islam. Perwira yang kenal agamanya yang unggul, yang beribadat dan berjihad, memperbaiki kekurangan diri sendiri di samping berdakwah ke jalan Allah.

Inilah golongan pemuda yang bersifat mulia lagi terpuji. Golongan inilah yang tidak sanggup dicemar dan dikeji. Kesudahannya zaman keagungan Islam akan kembali. Negara Islam yang diimpi-impikan oleh setiap penganutnya akam mula tertegak di atas daya usaha satria pemuda. Allah Maha Mulia lagi Pengasih. Dia akan memberi kemenangan kepada sesiapa yang Dia sukai.

Saya doakan, semoga Allah jadikan kita seperti golongan yang mendengar ucapan dan disusulii dengan amalan. Semoga Allah jadikan kita seperti para da'i yang bekerja dengan tulus ikhlas, demi untuk menyampaikan risalah Islam. Kita tidak gentar dengan sesiapa pun. Hanya kepada Allah saja tempat kita bergantung dan meminta. Saya sudahi dengan memuji Allah, Pentadbir Semesta Alam.


[ Peranan Pemuda Di Dalam Menyampaikan Risalah Islam~ Abdullah Naseh Ulwan ]


At-Taubah:111
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan Syurga untuk mereka"