Tuesday, February 26, 2013

Doa Malaikat

Assalamualaikum pembaca-pembaca sekalian.

Hari ini saya ingin berkongsi mengenai ' golongan manusia yang didoakan oleh malaikat'. Sebenarnya, saya tengok Tanyalah Ustazah kat TV9 hari rabu lepas, tajuk nye ' doa malaikat ' yang disampaikan oleh ustazah Hafizah, ustazah yang lembut2 dan comel2 tu. minat sangat dengan tutur kata ustazah ni. Jadi, sambil-sambil buat keje tu, kita pun duk dengarla. Ustazah ade sebut 6 golongan je time tu, kemudian saya pun mintak  tolong 'uncle google' carikan dan akhirnya saya jumpe tajuk ini >> 12 golongan manusia yang didoakan malaikat. Meh pakat2 selongkari, tergolongkah kita diantara 12 golongan tersebut..??


1) Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. 


Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Tidaklah salah seorang di antara kalian yang duduk menunggu solat, selama dia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya: Ya Allah, ampunilah dia. Ya Allah, sayangilah dia"
(Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah RA, Sahih Muslim no. 469)

2) Org-org yg berada di saf barisan depan ketika solat berjamaah.

Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada (orang-orang) yang berada pada saf-saf terdepan"
(Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib RA, hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)

3) Orang-orang yang menyambung saf pada solat berjamaah (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalam saf).

Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf-saf"
(Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al-Hakim meriwayatkan dari Aisyah RA, hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Sahih At-Targhib wat Tarhib I/272)

4) Para malaikat mengucapkan 'Aamiiin' ketika seorang Imam selesai membaca Al-Fatihah.

Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiiin', kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka dia akan diampuni dosanya yang masa lalu"
(Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah RA, Sahih Bukhari no. 782)

5) Orang yang duduk di tempat solatnya setelah melakukan solat.

Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Para malaikat akan selalu berselawat (berdoa) kepada salah satu di antara kalian selama dia ada di dalam tempat solat dimana dia melakukan solat, selama dia belum batal wudhu’nya, (para malaikat) berkata: 'Ya Allah, ampunilah dan sayangilah dia' "
(Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah RA, Al-Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadith ini)

 6) Org-org yg melakukan solat subuh dan asar secara berjamaah.

Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Para malaikat berkumpul pada saat solat subuh lalu para malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga subuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu salat asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga salat asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, 'Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?', mereka menjawab, 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, maka ampunilah mereka pada hari Qiamat' "
(Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah RA, Al-Musnad no. 9140, hadith ini disahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)

7) Org yg mendoakan saudaranya tnpa pengetahuan org yg didoakan.

Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan diqabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata 'aamiiin' dan engkau pun mendapatkan apa yang dia dapatkan'"
(Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' RA, Sahih Muslim no. 2733)

8) Orang yang sedang menjenguk orang sakit.

Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Tidaklah seorang mu’min menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang pada bila-bila masa sahaja hingga petang dan di waktu malam pada bila-bila masa sahaja hingga subuh"
(Imam Ahmad meriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib RA, Al-Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkata, "Sanadnya sahih")

9) Seseorang yg sedang mengajarkan kebaikan kpd orang lain.

Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah di antara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya, dan bahkan ikan, semuanya berselawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain"
(Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily RA, disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Kitab Sahih At-Tirmidzi II/343)

10) Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci"
(Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar RA, hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Sahih At-Targhib wat Tarhib I/37)

11) Orang-orang yang berinfaq.

Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, salah satu di antara keduanya berkata, 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfaq'. Dan lainnya berkata, 'Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit' "
(Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah RA, Sahih Bukhari no. 1442 dan Sahih Muslim no. 1010)

12) Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (berdoa) kepada orang-orang yang sedang makan sahur" Insya Allah termasuk di saat sahur untuk puasa "sunnah"
(Imam Ibnu Hibban dan Imam At-Thabrani, meriwayaatkan dari Abdullah bin Umar RA, hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Sahih At-Targhiib wat Tarhiib I/519)


macam mana ? agak-agak dalam sehari ade tak malaikat doakan kita ? (maksudye, ade tak kite tergolong dalam golongan di atas). jom ! jom ! mari kita berebut-rebut untuk mendapat doa dari malaikat. Saya tahu, semua orang akan gembira kan bila ada yang mendoakan kita tanpa kita ketahui. betul tak ? lagi-lagi doa untuk kebaikan. ingatlah sahabat-sahabat sekalian ,

" Pada hari Qiamat nanti, para malaikat akan memberikan syafa‘at, sebagaimana dijelaskan di dalam Sahih Muslim dan yg lainnya. Para malaikat juga akan memberikan syafa‘at di dunia, yg mana mereka akan memohonkan ampunan untuk semua orang mu’min. Di dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah, telah dijelaskan tentang dua golongan iaitu: pertama; golongan orang yg berbahagia, yakni mereka yg dido‘akan oleh para malaikat, dan kedua; golongan orang yg sengsara, yakni mereka yg dilaknat oleh para malaikat." 

** Sumber: Syaikh Dr. Fadhl Ilahi, Orang-Orang yang Didoakan Malaikat, Pustaka Ibnu Katsir, Bogor, Cetakan Pertama, Februari 2005




Monday, February 18, 2013

KEMBARA CINTA [3 in 1]

Firman Allah :


" Sebahagian daripada tanda-tanda Allah, dicipta-Nya jodoh-jodoh untuk kamu dari jenis kamu sendiri supaya kamu menghayati kehidupan yang tenteram dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya yang demikian menjadi pengajaran bagi orang-orang yang berfikir. "


Rasulullah S.A.W. bersabda

" Apabila seseorang dari umatku telah mendirikan sebuah perkahwinan, maka dia telah melengkapkan separuh daripada agamanya "


Indahnya pernikahan, sebab
Pernikahan itu adalah perintah Allah dan sunnah Rasulullah S.A.W. 

Di kesempatan ini, saya ingin megucapkan sekalung TAHNIAH kepada rakan-rakan yang telah melangsungkan walimatulurus mereka. Cuti kali ini, saya penuhi dengan menghadirkan diri ke hari bahagia kawan-kawan. Alhamdulillah, Allah izinkan hajat saya untuk turut serta. Bermula di Selangor, kemudian di Terengganu, dan berakhir di Kelantan. 


SIRI 1 [SELANGOR]

1-WALIMAH AIMI (DQ) &HANIEF
19HB JAN 2013
SEKINCHAN


Tempat penginapan yang disediakan family pengantin *sgt terharu

geng2 rewang

Malam nikah. masih lagi CIK AIMI

Di hari bahagia PUAN AIMI


2-WALIMAH RAIHAN (CTS) & MAT (PHARMACY)
20HB JAN 2013
MERU, KLANG

bermalam di rumah Hafizah Nik Hasyuddin

sebahagian classmate yg bertema 'cokelat'

kanak-kanak riang bersama pengantin 



SIRI 2 [ TERENGGANU ]

1-WALIMAH KAK SHAFIYYAH & HAEDIR DAN SYUWAIDA & HABIL
26HB JAN 2013
KG PADANG MIDIN


Sekitar halaman rumah Dhobitah. Tempat bermalam kami.
pelamin tanpa pengantin.huhu *pengantin sedang bersiap2.
ni lah pengantin. *gambar ehsan dari fb pengantin


2-WALIMAH ALANG MUNI (DQ) & ABDULLAH
26HB JAN 2013
LOSONG

Pengantin,saya dan anak. haha
ini adik kecil yang suka amek gambar dan bergambar.
dia datang kat kite macam dh kenal lama.

Pengantin dan KAMI.
syikin-dhobit-saya

3-WALIMAH MAT & RAIHAN
26HB JAN 2013
SEBERANG TAKIR

ni majlis belah laki. pengantin bersama geng pharmacy
untuk kedua kali. saya datang lagi. Teruja jumpe PUAN raihan, x rancang pun nak g, tp dh join konvoi geng pharmacy,kite ikut je lah. hihi

WAJIB la kan bersiar2. amek angin di Pantai Batu Buruk,KT


SIRI 3 [KELANTAN]


WALIMAH ZAKIAH (CTS) & ASHRAF
10HB FEB 2013
JELI
KAMI bersama cik za, sebelum nikah * pinjam gmbar dr syakila

majlis belah laki *pinjam gmbar dr kawan fb
* x banyak gambar, sebab tak sempat nak keluarkan dari hset.


Setakat ini pengembaraan saya di negeri orang. hehe. lepas ni duk saje di kerusi empuk ofis ni. In Shaa Allah, kalau ade lagi undangan, mohon Allah mudahkan jalannya untuk hadir. Akhir kata, doa saya untuk kalian yang selamat bergelar pasangan suami isteri.


Ya Allah, satukanlah hati
'pasangan2 pengantin ini'
dengan iman, taqwa dan keyakinan kepadamu,
Jadikanlah mereka suami soleh yang sentiasa memimpin dan isteri solehah
yang sentiasa membantu. Mewahkanlah rezeki mereka dan 
kurniakanlah mereka zuriat yang beriman, bertaqwa dan meramal soleh.
Semoga kehidupan mereka dilimpahi Nur Iman dan
dipenuhi Al-Mawaddah dan Ar-Rahmah di dunia dan di akhirat.

Friday, February 15, 2013

Filem itu..

Assalmualaikum kawan2 semua.

Semalam baru berkesempatan nak tengok filem JUVANA. Filem ni adalah kesinambungan drama JUVANA pada masa dulu. Ingat lagi tak ?..


Kawan2 dah tengok filem ni ? Apa pendapat anda ? 

Bagi saya, walaupun terdapat adegan-adegan keganasan yang agak tidak sesuai (bagi saya dan adik2 kecil) menontonnya, drama dan filem ni sangat kuat MESEJ nya. Maksudnye skrip drama dan filem ini mempunyai nasihat,kata-kata dan isi yang menyentuh hati dan membuatkan penonton akan berfikir kebenaran di sebalik itu. Cerita aksi yang yang penuh input, bukan sekadar nak tunjuk aksi2 gah seperti filem2 ??? ..hihi.

Tahniah buat penulis skrip, Alfie Palermo dan rakan-rakan seangkatan beliau yang terlibat dalam pembikinan drama dan filem JUVANA. Tidak hairanla, 2 tahun dulu Drama JUVANA mendapat  Anugerah Drama Rantaian TV Terbaik di Anugerah Skrin 2011 (ASK 2011).

Kalau nak tahu cerita ini, anda kene lah menonton nya ok !. 


* tibe2 teringat drama Tentang Dhia.Satu lagi drama yg saya suka skripnya.

* biasanya, kalau nak baca novel, saya akan tengok penulisnya dahulu, mybe lepas ni, nak tengok cerita, kene tengok penulis skrip plak. huhu
* sebenarnya,nak letak beberapa ' quote' dari filem ni, tapi dah tak ingat. #aishh *sori*


Friday, February 1, 2013

Bermula Langkah itu

cepat cepat cepat !

sebelum terlambat,

TODAY

THIS DATE -- > 1st  February 2013

" Aku bergelar budak pejabat " ngeh3

* ingat ape la td kan..kann

** stori-mori di next entry