Saturday, July 24, 2010

'Akhlak mulia,Allah suka..~'

Bismillahirrahmanirrahim...
syukur padaMu Ya Allah di atas nikmat2 yg kau berikan..

Dalam kehidupan, kita dapat saksikan pelbagai aksi @ragam @gelagat manusia..samaada yang baik atau sebaliknya..
apabila kita melihat orang:

  • berkata-kata dengan penuh adab

  • sentiasa memberikan senyuman tatkala bertemu

  • berpakaian yang kemas+menutup aurat

  • menjaga akhlaknya

  • dan bnyak laggii...

ape hati kita rasa??tenang kan!..sedap mata memandang,sejuk hati melihatnya..
dan bagaimana pula kalau kita melihat orang:

  • bercakap kasar

  • tidak tahu menghormati orang lain

  • tidak menjaga adab/cara berpakaian

  • dan macam2 lg..

mesti perbuatan2 ini tidak dapat diterima oleh hati kita.. dan kita pun tidak suka untuk melihatnya..

ape sebab 'hati' kita berkata begitu?? ..->kembali kepada FITRAH, yang mana fitrah manusia sangat suka kepada kebaikan.

Teringat satu 'pengisian' yang disampaikan oleh kak Fatimah Syarha semasa di CFS dulu..
Dalam satu situasi,seorang yang jahat ingin berubah kepada yang baik akan digelar HIPOKRIT(hanya dikalangan manusia)..adakah benar??..tanpa kita sedari, kita sebenarnya telah hipokrit dengan Allah s.w.t..sebab,(kembali kepada point tadi)fitrah kita memang suka kepada yang baik,tetapi kita telah menipu Allah dengan melakukan parkara yang tidak disukai oleh Allah dan bertentangan dengan fitrah..ini sudah jelas bahawa perubahan kepada kebaikan bukanlah sesuatu yang pelik kerana itu adalah fitrah kita..so,jangan takut untuk melakukan perubahan..

Oleh itu, saya mengajak diri saya dan anda semua untuk kita sama-sama pertingkatkan akhlak kita. Mana perbuatan yang ALLAH suka, kita praktikkan..yang ALLAH tidak suka, kita tinggalkan..Marilah kita lakukan perubahan selagi denyutan nadi belum berhenti..Kalau kita buat ape yang Allah suka, Allah akan sayang kite..nak tak Allah sayang kita?nak kan..!! ~jom berakhlak mulia..

No comments: