Thursday, October 21, 2010

B.u.T.a mata/hati

Bismillahirrohmanirrohim...


Alhamdulillah..mari kita panjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih lagi memberikan nikmat2Nya kepada kita sehingga saat ini..Allah bagi pinjam pancaindera.. mata,hidung,tangan,mulut,kaki,telinga..semua itu untuk kita gunakan kepada perkara2 kebaikan.. sedarkah kita~~?!, semua2 itu adalah pinjaman dari Allah dan tidak mustahil  Allah akan ambil kembali pinjaman2 itu bila2 masa sahaja…

Ingin berkongsi satu kisah tentang seorang sahabat Nabi SAW yang bernama Abdullah bin Ummi Maktum r.a. Walaupun dia seorang buta mata tetapi hatinya tidak buta.. 
hayatilah kisah ini:…

1) Ibnu Ummi Maktum r.a. datang berjumpa Rasulullah SAW dan berkata:
"Wahai Rasulullah, rumah saya jauh (dari masjid), dan saya tiada pemandu (penunjuk jalan) yang akan memandu (menunjuk perjalanan) saya. Adakah bagi saya kelonggaran (untuk tidak bersolat jamaah)?"

Maka baginda SAW pun memberikan Rukhsah (kelonggaran) padanya.

Kemudian,tidak lama selepas itu, baginda memanggil semula Ibnu Ummi Maktum r.a. lalu bertanya,"Apakah kamu mendengar Haiyya 'alas solah dan Hayya 'alal Falah?"

"Ya, saya mendengarnya" jawab beliau.

Sabda Rasulullah SAW, "Kalau demikian,  kamu hendaklah menyahut (panggilan azan & solat berjamaah) itu kerana aku dapati tiada Rukhsah (kelonggaran) untuk kamu." (Riwayat Imam Ahmad di dalam Musnad (3/23), Ibn Majah (4) kitab Al Masajid (16).

Apakah  reaksi sahabat buta yang mulia ini?

Ibnu Ummi Maktum r.a.  tidak pernah beralasan untuk tidak hadir solat berjamaah di Masjid Rasul SAW. Biar apa pun situasinya…panas, sejuk, hujan, gelap, biar pun tanpa penunjuk jalan, beliau tetap meredah kegelapan pandangannya menuju masjid dengan harapan agar Allah mengurniakan untuknya cahaya yang terang benderang di akhirat, dihari mana terputus, terlindung, terhijab segala bentuk cahaya terhadap orang-orang yang berdosa.

Kerana cintanya kepada Allah, Rasul, dan Akhirat serta rindunya kepada syurga dan janji-janji Allah, pengorbanan, perjuangan dan jihad Abdullah ibn Ummi Maktum r.a. lebih dari apa yang kita sangkakan. Inilah buta bukan sebarangan buta!

2) Sebaik sahaja seruan ke medan jihad dilaungkan, beliau berkata, "Siapkan diri saya dengan senjata."

kata orang ramai padanya, "Allah telah memberikan kuzuran (kelonggaran) padamu. (Lagi pun) kamu buta."

Jawab beliau: "Demi Allah, aku tidak akan kekal (di sini).

Dan Allah telah pun berfirman: "Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."(At Taubah: 41).
 
Dengan persiapan yang telah dibuat, beliau mara ke medan Qadisiyyah penuh gagah. Posisinya adalah sebagai pemegang bendera! Pembawa panji-panji Qadisiyyah! Di medan Qadisiyyah sana, beliau yang buta itu telah gugur sebagai syahid yang mulia di sisi Allah.


Pastinya Ibnu Ummi Maktum r.a. akan berbahagia di syuga sana. Pandangan dan penglihatannya tentu lebih baik dari panglihatan orang yang pernah celik di atas dunia.

Marilah kita ambil pengajaran dari kisah ini..

Kita yang celik dan tidak buta ini patut malu pada kesungguhan, kepatuhan dan semangat Ibnu Ummi Maktum. Sedangkan beliau yang buta itu tidak ada kelonggaran untuk tidak hadir solat berjamaah, apatah lagi kita yang celik (tidak buta) ini…sangat2lah dituntut menghadiri dan melaksanakannya. Bukahkah mata kita masih dapat melihat dengan terang jalan ke masjid dan surau, telinga pula dapat mendengar azan dengan jelas, badan pula masih segar bugar. Jadi apa alasan kita untuk beroleh kelonggaran? Allah, malunya kita.


Alangkah baik dan solehnya beliau. Pada masa kini, ramai orang muda, duduk pula bersebelahan masjid (surau) tapi yang sedihnya tak nampak jalan ke masjid. Hati tak terpanggil untuk menjengah dan berjamaah di masjid walaupun Allah telah kurniakan kekuatan tubuh badan, usia  yang masih muda, harta yang melimpah, kesihatan, kenderaan yang hebat dan segala-galanya!

~~"Hebatkan orang yang buta matanya tapi tidak buta hatinya…tapi lagi hebat orang yang tidak buta mata dan tidak juga buta hati.."

********************************************************

Ada dua jenis buta

Buta mata dan buta hati.
Buta mata tak nampak jalan di dunia. Manakala buta hati tak akan nampak jalan di akhirat.

Moga tidak terhimpun dua buta pada diri seseorang. Kerana bilamana terhimpun (bersatu) di antara buta mata dan buta hati, maka ia dikira sebesar-besar malapetaka ke atas diri pemiliknya. Sudahlah tidak dapat melihat di atas dunia, di akhirat pula dibangkitkan dalam keadaan buta renta.

Firman Allah: " kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada." (Al Hajj:46).

Orang yang dinyatakan Allah dalam ayat di atas, matanya terbuka luas tetapi hatinya gelap gelita. Maksudnya, dia tidak nampak kebenaran, idtak nampak peringatan dan tidak nampak kebesaran Allah.

Kenapa hati jadi buta? Apakah disebabkan matanya buta??

TIDAK..Matanya kasarnya dapat melihat dan dapat memandang seperti mata orang lain juga. Namun, mata itu hanya memandang kepada dosa dan maksiat. Hanya suka melihat yang keji dan yang hina. Hanya nampak noda dan keaiban manusia.

Pada kebenaran, ketaatan dan kesolehan..., ia langsung tak nampak. Kebenaran itu ada cahayanya namun mereka tidak dapat melihat dan menjangkauinya.

Ya, kenapa hati manusia jadi buta?

Kerana hatinya menolak peringatan dan membelakangkan ajaran Allah. Kerana hatinya membenci dan meremehkan seruan dan dakwah Nabi Muhammad SAW.

Golongan ini, sekalipun mata mereka dapat melihat di dunia, namun akan dibangkitkan Allah di akhirat nanti dalam keadaan buta setelah kehidupan mereka di dunia sebelumnya dicengkam keluh kesah dan kesempitan yang berpanjangan.

Firman Allah SWT: "Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta." (Surah Toha: 125)

MARI KITA MENJADI ORANG YANG CELIK MATA DAN CELIK HATI…!

********************************************************

Mahu hargai nikmat mata, duduklah bersama orang buta.
Mahu hargai nikmat akal, duduklah bersama orang tak berakal.
Mahu hargai nikmat tangan, duduklah bersama orang yang kudung tangan.


Jikalau nikmat pancaindera kita Allah tarik pun kita sudah merana, bagaimana jika Allah tarik nikmat iman dan islam yang kita kecapi?


Hargailah nikmat yang diberi. Mari kita muhasabah diri..~!


--sumber dari blog ust amal

No comments: