Tuesday, January 18, 2011

wahai P E M U D A 2 I S L A M ! !

P E S A N A N  U L A M A K

Wahai pemuda2 Islam! kamu sangat2 dituntut supaya bekerja dengan lebih keras dan bersungguh-sungguh. Rasa malu, silu, malas, segan dan sifat tunggu dulu, jangan dibiarkan wujud sama sekali di jiwa kamu. Terus maralah kamu untuk berdakwah ke jalan Allah.

Sampaikanlah risalah Islam yang kamu bawa ini kepada manusia. Semoga dengan usaha ini terukirlah pula zaman kegemilangan Islam, sebagaimana yang telah dicatat oleh sejarah. Kamu semualah satria pembawa risalah, tulang belakang ummah mulai sekarang dan hingga ke hari muka.

Usaha dan jihad pemuda2 merupakan satu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha kearah keagungan dan kegemilangan akan terkabul di tangan belia2 Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi.

Sebagaimana semua kita ketahui, bahawa angkatan belia adalah merupakan satu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah islamiah, hingga jiwa2 mereka ini penuh padu keimanan yang tulen sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.

Disebalik keagungan dan ilmu ketamadunan Islam, maka kita dapati generasi belialah yang dianggap telah memainkan peranan yang begitu hebat, hinggakan keagungan Islam tercapai di tangan mereka amat kagum sekali. Mereka tidak tertipu dengan kemewahan yang mereka perolehi di dunia ini. Mereka terus berusaha, bekerja dan berjihad untuk berdakwah ke jalan Allah, hingga tercapai segala hasrat dan cita2 mereka yang suci murni itu.

Duhai pemuda2 Islam! Semoga kamu akan menjadi perwira Islam. Perwira yang kenal agamanya yang unggul, yang beribadat dan berjihad, memperbaiki kekurangan diri sendiri di samping berdakwah ke jalan Allah.

Inilah golongan pemuda yang bersifat mulia lagi terpuji. Golongan inilah yang tidak sanggup dicemar dan dikeji. Kesudahannya zaman keagungan Islam akan kembali. Negara Islam yang diimpi-impikan oleh setiap penganutnya akam mula tertegak di atas daya usaha satria pemuda. Allah Maha Mulia lagi Pengasih. Dia akan memberi kemenangan kepada sesiapa yang Dia sukai.

Saya doakan, semoga Allah jadikan kita seperti golongan yang mendengar ucapan dan disusulii dengan amalan. Semoga Allah jadikan kita seperti para da'i yang bekerja dengan tulus ikhlas, demi untuk menyampaikan risalah Islam. Kita tidak gentar dengan sesiapa pun. Hanya kepada Allah saja tempat kita bergantung dan meminta. Saya sudahi dengan memuji Allah, Pentadbir Semesta Alam.


[ Peranan Pemuda Di Dalam Menyampaikan Risalah Islam~ Abdullah Naseh Ulwan ]


At-Taubah:111
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan Syurga untuk mereka"

No comments: