Thursday, August 18, 2011

Oh indahnya..

bismillahirrohmanirrohim





~ Ramadhan kareem ~
bulan keberkatan.bulan kerahmatan.bulan keampunan.



Sekejap sahaja, sekarang sudah 18  Ramadhan. Bermakna sudah separuh bulan kita berada dalam madrasah Ramadhan. Tapi terfikirkah kita adakah kita benar2 menghayati bulan tarbiyah ini ?

Sangat istimewa berada dalam tarbiyah Ramadhan

Diajarkan kita untuk bangun seawal 5.00 pagi untuk bersahur, dan juga mengisi masa yang ada dengan solat sunat ataupun zikir. Kemudian, dianjurkan juga untuk bertadarus Al-Quran. Bertepatan dengan peristiwa Nuzul Quran yang berlaku dalam bulan ini, ambil peluang bulan ini untuk kita sentiasa hampir dengan Al-Quran. InsyaAllah, amalan ini akan berterusan ke bulan2 yang lain. Bukan sekadar membaca, tapi cuba untuk memahami kandungan Kalam Allah ini dan seterusnya dapat di praktikkan dalam kehidupan. Mudah2an dengan usaha kecil kita ini, Allah memberi petunjuk atau jalan untuk kita menjadi hamba yang terbaik disisiNya. Ingatlah, Al-Quran merupakan syafaat/pertolongan semasa di alam kubur nanti. Orang yang membaca Al-Quran, kuburnya akan diterangi dengan nur/cahaya. 

Dan yang paling seronok, adalah waktu berbuka. Sudah tentulah ia berkaitan dengan juadah ataupun makanan. Rasulullah sangat menggalakkan untuk kita menyediakan makanan untuk orang yang berpuasa kerana akan diberi pahala sebagaimana orang yang berpuasa. * bonus untuk orang perempuan yang di beri ‘cuti’. Bukan tu saja, ambil peluang ini untuk kita rajin bersedekah, memberi makn kepasa jiran2 dan orang2 yang memerlukan. Seterusnya, solat tarawih. Ibadah yang takde dalam bulan2 yang lain.

Inilah Ramadhan, pelbagai amalan2 sunat dihidupkan.Dan sudah tentulah ganjaran pahala yang tidak terkira pada bulan ini. Terpulang pada diri masing2 untuk memperolehinya.

Benar bukan,.. Ramadhan bulan melatih kita untuk menjadi seorang muslim dan mukmin yang benar2 bertaqwa kepada Allah. Amat rugilah jika tarbiyah Ramadhan ini tidak memberi kesan dalam diri kita.Sama2 kita renung2kan dan mari gandakan amalan di hari2 yang masih berbaki ini. Moga Allah beri kekuatan..

~ peringatan buat untuk diri sendiri juga..



No comments: