Monday, August 19, 2013

2013 : 1 Syawal

Allahu Akbar, Allahu Akbar, ....
Takbir raya bergema seusai solat isya'...


' Taqabbalallahuminna wa minkum '
Semoga Allah terima amalan2 kita sepanjang Ramadhan

Salam Aidilfitri 1434H
dari saya dan keluarga

outdoor posing ^ ^
Dengan izin Allah, raya tahun ni cukup kuota lagi, kaklong dan abang ipar raya di Segamat buat ke berapa kali entah, haha.. Jadi, sedikit kekecohan di pagi raya dengan suara kaklong yang akan menyuruh adik2 nya itu dan ini. 

Selepas solat raya, makan2 dan bermaaf2an, kami bergegas ke rumah Mak dak & Pak dak di Bukit Siput memandangkan kaklong teramat sangat untuk berjumpa si comel Izzah, anak Syukrina (anak Mak dak & Pak dak) yang belum ditemuinya sejak dilahirkan. Seperti biasa, pabila bertemu dua keluarga ini, gamatla suara memasing di teratak Mak dak & Pak dak.

ni lah budak excited nak jumpa baby Izzah

kami wanita2 solehah. *yang laki xde gmbo
Selesai rumah pertama, kami terus ke Kampung Bumbun, mengunjungi keluarga Pak Cik Khidzir & Mak Cik Mariah. Keluarga rapat dari kami kecik2 lagi. 

dari kiri : kaklong main ngan Aflah, Mak Cik Mariah, Suhaili, Mak Cik Hawa, mak
Raya kali ni, berkesempatan berjumpa Mak Cik Hawa atau Cikgu Hawa, yang mengasaskan Sekolah Nursalam, tempat kami adik-beradik mendapat tarbiyah Islam di usia kanak2. Banyak kenangan manis di sekolah swasta ini yang tidak akan dilupakan. Kadang2 rindu untuk bertemu guru2 dan rakan2 Nursalam. Di sekolah ini jugalah, keluarga kami menjadi akrab. Tambahan lagi, kaklong sekelas dengan Suhaili (anak Mak Cik Mariah) dan mereka sentiasa berhubung sehingga sekarang.

Seterusnya, rumah WAJIB datang, rumah Mak Endon, jiran kami. Walupun Mak Endon kurang sehat, beliau tetap melayan kami seperti biasa. Kami doakan Allah bagi kesihatan yang baik untuk Mak Endon.

satu2 gambar yang ada. EMAK
Kemudian, kami pulang ke rumah sebab dah nak Zohor. Selepas solat, kami sudah mahu bergerak pulang ke kampung nenek atok di Batu Pahat.

geng raya WIRA ABAS
Sampai rumah nenek belah abah. yang ade family Cik aim, x sempat plak bergambar. Selepas salam2, makan2, sempat tengok badminton match jap terus kami gerak ke rumah nenak belah mak plak. Penuh umah nenek dipenuhi sanak-saudara. Aktiviti malam kami, melayan kanak2 bermain bunga api dan pop2 yang hanya tinggal berapa la sangat.haha..

dari kanan : maya, rania, muaz, muzaffar

tuu diaa abas, adek, kaklong melayan diorang ^ ^
hikhik... bunga api habis stok, bergambar la plakk
sepupu2 yg kenit2 lagi
gambar sendiri kene ade la kann. aku dan Tengku Rania comeyy
Raya malam tu diteruskan lagi, kami berkonvoi ke rumah Mak Long di Bagan. Dapatla kami berjumpa anak sedara, Muhammad dan Iman Tihani. 

Mak Cik Pana bersama Muhammad dan Iman Tihani

maya, kak ina dan anaknya,muhammad dan nisa'
Last rumah kami beraya malam tu, rumah Cik Mon di Sungai Kajang. Memasing dah keletihan, x teringat nak bergambar kenang2an. haha.. Akhirnya, kol 11 kami sampai di rumah nenek belah abah semula, dan aktiviti bermain mercun dan bunga api baru bermula...lalaala~~

semua tunggu maya balik, memang meriahh kott
Sekian saja 1 syawal kami. Moga Allah berkati hubungan silaturrahim kami semua. Indahnya raya, dapat berkumpul dan berjumpa sanak-saudara meraikan hari kemenangan bersama.

Dalam masa yang sama, tidak lupa untuk panjatkan doa kesejahteraan saudara2 kita juga di bumi mesir yang berjuang menegakkan yang haq di sana. Moga Allah kuat kan iman kami dan iman mereka. Doa senjata orang mukmin. Teruskan berdoa untuk saudara2 kita di mana2 jua mereka berada. Ingatlah, Allah akan bersama dengan orang yang sentiasa mengingati dan meminta kepadanya.

No comments: