Berpagi-pagian mendengar radio IKIM, saluran mendidik jiwa. Untuk slot pagi ini, saya tidak pasti tajuk sebenar yang dibincangkan, tapi yang menarik perhatian saya adalah pendapat tetamu untuk slot ini mengenai sistem pendidikan negara hari ini yang gagal menyemai Islam dalam diri anak2 di sekolah. Tetamu turut mengatakan ' keadaan hari ini cukup merisaukan kalau saya sudah mati, kerana buat masa sekarang saya boleh lagi nak pantau anak2, tegur mana yang salah ' Allah... Perbincangan pagi ini mengingatkan isi halaqah malam tadi.
Saling berkaitan. Halaqah semalam, makcik-makcik meluahkan bagaimana sekolah hari ini sangat menekan kejayaan anak2 dalam peperiksaan besar, contohnya UPSR. Menampakkan kejayaan 5A itu lebih penting dan lebih dikejar dari mendidik jiwa anak2 dengan Islam yang sebenar. Akibatnya, memberi tekanan kepada anak dan lebih2 lagi kepada ibu bapa pelajar. Bukan nak menyatakan kejayaan anak2 itu tidak penting, tapi lagi penting untuk melihat anak itu membesar dengan jiwa Islam.
Tetiba, saya imbas kembali, bagaimana saya dibesarkan dan disekolahkan dahulu..
saya masuk tadika seawal 5 tahun. Emak abah menghantar saya di sekolah swasta, Tadika Islam Nursalam. Kemudian, diteruskan ke Sekolah Rendah Islam Nursalam 6,7,8,9 tahun (sampai darjah 4). Kenangan berada di persekitaran yang sentiasa menerapkan nilai2 Islam ini sangat saya rindui. Saya ingat lagi, setiap kali perhimpunan kami akan baca ikrar, ikrar kami :
| Aku telah rela dengan Allah sebagai Tuhanku, dan dengan Islam sebagai agamaku, dan dengan Muhammad sebagai nabi dan rasulku. |
Tetapi, tidak selamanya saya di situ, umur 10 tahun, saya perlu bertukar ke sekolah kebangsaan biasa. Disebabkan saya masuk darjah 1 awal setahun, untuk masuk sekolah baru ni, abah bagi pilihan sama ada nak terus ke darjah 5 atau ulang darjah 4. Jadi, saya buat keputusan untuk ulang darjah 4. haha.. Jadi, 2 kali lah saya belajar benda yang sama.
Di sekolah baru, saya mengalami CULTURE SHOCK yang teramat.haha.. Kecik2 dah pandai memberontak sana sini. Mane taknye, masuk2 kelas tempat duduk saya ditengah,kiri kanan lelaki. Memang ditetapkan duduk dalam kumpulan enam2 orang,selang seli laki perempuan.wohoo, dulu kat kelas bukan setakat di asingkan tempat duduk, siap lelaki kat depan, pompuan kat belakang ok. ini betul2 stress, awal2 la.haha
Kemudian, ada subjek Pendidikan Muzik. Dahlah kene nyanyi, lagu pun ntah pape2. Dulu, nak ber'muzik' pun nasyid saje, itu pun untuk persembahan masa Hari penyampaian hadiah ke, latihan plak siap asing lelaki perempuan. Ape lagi, saya buat protes.mula2 dengar lagu dulu, dah boleh catch up cikgu suruh nyanyi reramai, saya tak nyanyi,diammm je. pastu, siap ajak kawan2 satu kumpulan jangan nyanyi.hahaha.. Sekali cikgu perasan,tak pasal2 kami satu kumpulan kene nyanyi dan kawan2 lain diam.amek kaww~~ mula2 la saya macam tu, lepas2 tu saya ikut je. Siap sempat belajar beberapa alat muzik. hikhik. tapi hilang dah skill2 tu, sori tak berminat.
Yang ni lagi satu, time subjek Pendidikan Jasmani, kan bersukan2 kat padang. Saya tengok kawan2 dalam kelas pakai tudung, time PJ tak pakai tudung. Dulu, kat mana2 pun kene pakai tudung,kan aurat. Jd saya conclude sendiri yang memang time PJ tak boleh pakai tudung kot. So, ngadu2 kat abah dan abah siap la buat surat kat cikgu bagi izin aku dikecualikan untuk tidak berPJ.haha.. setiap kali kelas PJ, aku akan duduk kat tangga tengok je kawan2 lain main2. Cikgu pun tak cakap pape. Tapi tak lama kot, sebab saya ade je wakil sekolah masuk pertandingan bola jaring dan bola baling. Saya pun tak pasti macaman saya boleh mula melibatkan diri dalam sukan sekolah, tak ingat. Tapi, sedih sangat, satu sukan yang saya tak berani nak cuba adalah sukan bola tampar. Sebab2nye ade lah kaitan ngan masalah tangan. Kalau dulu kawan2 bergelap sebab main bola tampar, tapi saya bergelap sebab jadi tukang tulis mata kat board.haha... pun boleh. Sebenarnya tak de masalh pun nak bertudung ketika bersukan, tapi disebabkan persekitaran menyebabkan saya tak berani. Sejak saya terlibat dengan sukan, ramai juga kawan2 yang ikut sama bertudung. :)
Tu lah kenangan2 di zaman baru untuk mengenal kehidupan. Banyak lagi, tapi situasi di atas sentiasa memberi geli hati kalau diingatkan. Kadang2 kita ni tak mampu nak suruh orang ubah , tetapi kita sendiri yang perlu ubah atau create sesuatu untuk sesuai dengan situasi.
Berbalik kepada topik di atas, apa yang boleh disimpulkan,perlunya nilai2 Islam ditanam dan disemai dalam diri seawal sekolah rendah lagi. Anak2 yang berada di persekitaran yang menitik beratkan tentang Allah, Syurga, Neraka dan perkara asas yang lain akan membesar dengan jiwa dah roh Islam. Walaupun pada ketika itu, mereka kurang memahami dan hanya mengikut apa yang dipelajari, tetapi yakinlah dalam menghadapi proses membesar seterusnya mereka akan berbalik semula apa yang mula2 masuk ke hati mereka semula. Itu kan fitrah, manusia suka kepada kebaikan dan perasaan ingin tahu. Jadi, anak2 akan lebih banyak membandingkan apa yang dilihat dan diajar sebelum ini, dan menanyakan kepada ibubapa dan orang sekeliling sebelum mengambil keputusan untuk menetapkan ianya sebagai ikutan (lebih kepada prinsip cmtu)
Lihat la, betapa penting peranan ibubapa dan orang sekeliling untuk membawa anak2 ini memiliki prinsip yang jelas selari nilai2 Islam. Ketika usia di belasan tahun, anak2 ini mula menerima dan memahami ilmu dengan lebih mendalam (matang). Jadi, dengan adenya ilmu, anak2 akan melakukan sesuatu dengan bersungguh2, tidak lagi buat ikut2 saja dan mereka jelas tujuan hidup. Maka lahirlah anak2 yang jelas identiti dirinya sehinggalah peringkat2 seterusnya. Jika yang akarnya (hati) kukuh, insyaAllah pokok itu akan tetap teguh (amalan,akhlak dan lain2).
Sebenarnya, itulah cara yang diajar Rasulullah ketika Islam sampai. Rasulullah memantapkan akidah para sahabat dahulu. Kemudian baru ibadah dan lain2.
Cabaran demi cabaran. Doa sentiasa untuk diberi kekuatan.
Sekian coretan santai dari saya.
* baru perasan, penggunaan aku/saya tak konsisten dalam entry2 saya.haha.. itu bergantung pada keadaan entry dibuat.sesuka hati~~
* macam sedap tulis2 'anak2', haha.. tu menunjukkan diri dah dewasa, gitulah kalau geng2 kite sekarang makcik2. :)
* ni baru sekolah, belum masuk alam kerjaya.fuhhh~
* pilihla radio IKIM untuk mengusik jiwa anda
2 comments:
kak syima beruntung...
saya impikan keluarga macam makcik2 dekat usrah :")
to unknown : alhamdulillah,kesempatan yang Allah bagi,terpulang pada kita nak manfaatkan atau tak,huhu.insyaAllah,teruskan berdoa,yakin janji Allah,'perempuan solehah untuk lelaki soleh'.sama2 kita berusaha untuk menjadi solehah.owhh,itu semestinya impian kita kann~~ syakila kan ni ?
Post a Comment