Berpagi-pagian dengan senyuman, gagahkan jiwa ke tempat kerja memang suatu yang mendamaikan. Ku berpusu-pusu mengikut arus kenderaan yang punya 1001 ragam pemandunya. Memandu juga satu tarbiyah, kata hati kecil ku. Bersabar dengan kereta yg perlahan di laluan kanan, bersabar dengan kereta yang tiba2 lintas sesukahati, bersabar dengan kereta yang kiri, kanan, kiri, kanan, dan macam-macam lagi. Itu baru dari sudut memandu, ade pelbagai sudut lagi jika kita perhatikan banyak memberi erti kepada kehidupan yang berwarna-warni itu. Pandanglah sesuatu dengan adenya hikmah di sebalik itu. Tidak mungkin hanya perkara baik saja, perkara yang tidak baik juga. Terpulang kepada kita untuk menilainya.
Semua maklum, tanah air kita sedang dihangati dengan 'pemilihan pemerintah'.. mudahnya pilihanraya la kan. Pimpinan siapakah yang akan menerajui negara Malaysia ?. Sana-sini sibuk memperkatakan isu ini, tapi BILAKAH WAKTU nye masih menjadi teka-teki. Membuatkan orang tertunggu-tunggu. Bila dah tertunggu-tunggu, menyebabkan orang hilang sabar. Menunggu itukan letih,haha. Maka, wujudlah perangai-perangai pelik manusia ketika ini.
Itu tak kira lagi golongan yang tak nak amek tahu langsung tentang 'gelombang politik' negara. Kata mereka politik itu kotor. Orang sini kutuk orang sana, orang sana kutuk orang sini. Sampai dah tak tahu mana yang betul, mana yang tak betul. Betul ke persepsi macam ni ?..haha.
Apa-apa pun, gelombang ini dapat dirasai semua orang tika ini. bila bendera2 hijau biru dah naik, berita2 di tv yang berat sebelah, ape ntah lagi di media2 cetak (memang lame dh tak beli).. yang cerdik pandai, mencari sumber2 di laman sesawang. lagi mudah, cepat dan terkini. hihi..
Tak terlepas pandang, Tragedi Lahad Datu masih juga dibicarakan sehingga ke hari ini. Namun, kebenaran disebalik itu masih samar2. Seperti ada banyak tanda tanya. Masih lagi menyelusuri episod Lahad Datu. Moga2 suatu hari nanti, Allah tunjukkan kebenaran di sebalik tragedi itu. Buat anggota2 yang masih berada di barisan hadapan, selamat menggalas tugas untuk menjaga keselamatan negara dan buat anggota2 yang gugur,kalian sudah menjalankan tanggungjawab si sini, semoga Allah akan memberi ganjaran di sana. Al-Fatihah..
" Menilailah sesuatu dengan mata hati. Anda akan nampak hikmahnya "
In Shaa Allahh
* Tengok berita tv3, pemuda2 Palestin membuat bantahan dengan membaling batu ke arah askar2 israel selepas solat jumaat, kerana pihak israel menghadkan umur 50 tahun ke atas untuk masuk ke MasjidilAqso.
Allahuakbar... berlainan dengan keadaan kita di sini, tiada had umur dikenakan, tapi seperti ada,sebabnye, kelihatan golongan ini yang mengisi ruang2 di masjid kita, kemanakah para pemuda2 kita ??


1 comment:
hehe..slagi x pru.kerana pilihnraya, org yg baik pun sanggup mengeluarkn kata2 kesat trhdap pihak lg satu..tutur kata dah xpndi jaga semuanya..lagi truk tutur kata, lg org tak hormat org itu..
selamat mengundi!!lagi susah drpd jwb exam n viva wlpun jwpn hnyr pngkah shj..:)
Post a Comment