Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Salam Rejab Kareem~
Fuhh.. lame menyepi walaupun banyak benda yg ingin dicoretkan di sini.
4 bulan sudah bergelar budak pejabat di syarikat MBM ini.
Pengalaman pertama dapat menguruskan jemaah pergi
memunaikan Umrah.
[ jemaah daftar->hantar maklumat ke travel agency untuk pengurusan
visa->hantar maklumat semula sebab prosedur terbaru dr Arab Saudi->kursus
umrah->hantar jemaah pergi->menyambut kepulangan jemaah->dapat ole2 J ]
Perasaan sangat bahagia walaupun hakikatnya hati sedih
dan meronta2 ingin turut serta.
“ Agaknye beginilah perasaan En. Bos dan pekerja yang
lain setiap kali dapat menghantar jemaah ke sana. ”
Kami bukan travel agency, tp dengan sikap prihatin En.
Bos untuk menolong ramai lagi jemaah yang kurang dari segi kewangan untuk
sampai ke sana, En. Bos cuba berkongsi perniagaan sehingga mampu untuk
mendaftarkan jemaah pergi menunaikan umrah.
Di Segamat, untuk yang kedua kalinye, pada 25hb Mei 2013,
jemaah bergerak bersama2 menaiki bas ke KLIA dan Alhamdulillah selamat pulang
pada 9hb Jun 2013. Melihat dan mendengar keseronokan mereka sepanjang
perjalanan ke Tanah Suci sangat mengujakan diri ini.
Sentiasa dalam doa, Allah berkati, murahkan rezeki,
mudahkan jalan yang diusahakan oleh syarikat dan khusus kepada En. Bos.
Mudah2an Allah beri kesihatan yang baik kat En. Bos yang bertungkus lumus
bekerja sekarang sebab niat murni En.
Bos untuk bawak lebih ramai lagi jemaah ke Tanah Suci akan datang. Ameennn3.
![]() |
| Di KLIA. menerima beg dan name tag dr travel agency |
![]() |
| Jemaah.Imam Radzi sekeluarga di Madinah |
![]() |
| Jemaah pertama kali. kak lynn dan suami di Makkah |
Allah janji,
Bile kita mudahkan urusan orang lain,
Allah akn mudahkan urusan kita
# tak lupa, tarikh 05/05/2013- menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi buat pertama kalinya. sudah sebulan berlalu, tapi masih ade isu sana sini.



No comments:
Post a Comment