Sambungan...
23 Jun 2013 (Ahad)
Pagi ni kami perlu kemas2, dah nak check out. Lebih kurang 12pm tuan rumah datang dan kami memulakan perjalan pulang ke rumah Zakiah dan Pokya di Ranau. Dalam perjalanan, kami singgah ke Rumah Terbalik.
 |
| Kenangan di ruang tamu homestay |
 |
| sampai dah.. |
 |
| harga tiket RM 10 seorg |
 |
beratur kot org2 nak amek gmbr kat cni.
* kt depan kami ni beratur org tunggu turn,haha |
Kat sini hanya boleh bergambar area luar sahaja. Kami boleh masuk dalam rumah ni, tapi x boleh amek gambar. serius, rase pening bile masuk, tengok barang semua terbalik.. kerusi, meja, peti ais, mesin jahit, mesin basuh, katil, lagiii..semua la yg dalam rumah. Masa kat dalam tu ade gak la orang yang bagi penerangan, tapi kami yang kat belakang2 ni x dengar satu ape pun. So, google je la nak cari info :
"Rumah itu dibina di Tamparuli dengan kos sebanyak RM500,000 oleh usahawan Alexander Yee, yang mengusahakan sebuah lodge pelancongan di Sukau, pantai timur Sabah"- sumber http://www.lamankongsi.com/2012/03/rumah-terbalik-di-sabah-semakin-popular.html
.jpg) |
ni contoh dalam rumah.
* sumber sama link atas |
 |
| tandas terbalik pun ade ! |
 |
| sungguh Zakiah tolak rumah terbalik~~ |
 |
| no flat johor kete kancil terbalik ni *bangga2 |
Perjalanan kami diteruskan.Jalan yang dilalui berbukit dan bengkak bengkok. Walaupun begitu, kami dapat merasai kedinginan angin dan permandangan hijau sepanjang perjalanan. Terasa nikmatnya menikmati suasana sebegini, rase begitu dekat dengan jiwa, Allah..rindu sangat suasana ni bile dah sampai semenanjung. Kami akan melalui Kundasang sebelum sampai ke Ranau. Di Kundasang ni lah terdapat Gunung Kota Kinabalu.
 |
| x ingat name tempat ni, berhenti nak amek gmbr puncak gunung KK |
 |
| x nampak puncak gunung KK. time ni jerebu. tp sejuk sangattt kt cni~ |
 |
| berhenti lagi tuk bergmbr, tp still x nampak gunung..huhu |
 |
| rindu suasana ni... |
 |
| singgah tuk bergambar saje |
 |
| ni dah dalam Kinabalu Park. nak masuk kene bayar,dapat diskaun, RM 2 sorang |
 |
| posing time ujan di depan pintu masuk. |
Alhamdulillah, dalam 5.30 pm kami sampai di Ranau. Isi perut dulu di Pekan Ranau, baru pulang ke rumah Zakiah dan Pokya sekaligus menjadi tetamu pertama dari semenanjung.hikhik.. malamnye tiada aktiviti, duk simpan tenaga untuk hari esoknya.
24 Jun 2013 (Isnin)
Plan arini nak pergi Kundasang, nak g Desa Cattle Sabah dan Kundasang War Memorial. Tapi, arini Pokya keje, so, kami berjalan bersama mak dara je ok. Perjalanan dari Ranau ke Kundasang dalam 40 minit. Entah buat ape, kami keluar rumah dah pukul 2.45pm.haha. Terkenang2 keadaan yang mencabar nak sampai tempat lembu tu. Salute sangat kat Zakiah, sebab Zakiah baru dapat lesen P, bawak kete manual turun naik bukit yang berbatu2, x mati tauu.. nak harapkan kami bertiga, x bergerak la kete tu, manual dah lame luput dari memori kami.haha..
 |
| jalan2 yang dilalui |
 |
| selamat sampai dahh. nak masuk bayar RM 4 sorang |
 |
| tu tu lembu2 kat belakang |
 |
berpeluang bagi susu kat anak. ehh, anak kambing * mula2 takut, nampak x jauh bebeno nak bg susu,haha |
 |
anak lembu pun dapat susu. ni dah berani cket *gmbar bg susu ni la banyak muka cuak memasing.haha.. |
 |
| boleh bagi makan rumput gak tauu, tp semuanya berbayar la. |
 |
| kat sini la susu lembu diambil.ikut turn lembu2 ni.. |
 |
ni yang kite nak.merasa susu segar dari ladang.berbaloi2.. * aku beli susu coklat, konon2 xleh nak telan susu aiskrim tu.. tp dah rase,ok la rase vanila |
 |
| bersama VIVA yang banyak berjasa. |
 |
| wajib amek gmbo kat batu kenangan ini |
 |
| ladang yg luas.. |
Disebabkan dah lewat petang, kami x dapat nak menjejakkan kaki ke Kundasang War Memorial. Terus ke Masjid Kundasang, sementara Zakiah solat, Kami bertiga beraksi di luar seperti biase.
 |
| Masjid Kundasang yang dalam pengubahsuaian |
 |
| Kate An,' Sabah besttt~~' |
 |
| Kata Cik Nad,'Macam nak duduk sini lelama la,sejukkk' |
 |
| ^_^ |
 |
| jom jom jalan ! |
Sebelum pulang singgah di Pasar Kundasang tepi jalan. Membeli belah barang dapur, nak masak2 kan esok. Lagipun, sayur2 dan buah2 sangat segar dan besar kat sini.Seronok tengok..
 |
| deretan kedai * gambar dari google |
 |
| Buah-buahan yang segar *gambar dari google |
 |
| Sayur pun segarr *gambar dari google |
Selamat sampai rumah kol 7pm. Sangat puas berjalan walaupun satu tempat je pergi arini. Macam biasa, malam kami duduk rumah saje, menyimpan tenaga untuk hari esok. sambung NEXT ENTRY lagi ok~..
No comments:
Post a Comment