Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Hooray Hooray Sabah
Hooray Hooray Sabah
KK->Kundasang->Ranau
21 Jun 2013-26 Jun 2013
Alhamdulillah..segala yang dirancang seawal bulan 2 aritu menjadi kenyataan. Travel & ziarah Sabah kali ini diketuai oleh Cik Nad, assistant die Farhan dan aku sebagai pengikut,haha. Di samping orang penting, warga Ranau x ori, pasangan pengantin x berape nak baru Zakiah dan Pokya.
Pengembaraan bermula...
21 Jun 2013 (Jumaat)
Seawal 7 am, aku dan Cik Nad bergerak dari Kajang memandangkan flight kami pukul 10 am. Untuk lebih jimatkan kos kate Cik nad, kami menggunakan perkhidmatan Komuter, kemudian bertukar ke KLIA Ekspress dan akhirnya bas untuk sampi ke LCCT. Cabaran membawa muatan yang x berapa nak ringan turun naik tangga, tidak berhenti di situ..haha, sekali lagi kami terpaksa mengangkut beg ke dalam kapal terbang sebab terlepas waktu untuk letak beg di kargo, ni gara-gara excited nak mengisi perut yang lapar, aku dan Cik Nad jalan ke setiap sudut mencari makanan, lame x lame kami explore, tup2 Farhan yang ade experience ni kate dah kaunter untuk letak barang dah tutup.Alhamdulillah, sepanjang urusan nak ke kapal terbang xde masalah. Perasaan x leh nak gambarkan bile dah dapat duduk dalam kapal terbang. Syukur...
![]() |
| muka excited dan kelegaan. * abaikan brother 'cute' blkg tu.haha |
Pertama kali dapat terbang, perasaan teruja dan takut mesti adekan. Tapi, nasihat untuk yang pertama kali seperti aku, xde ape yang nak ditakutkan, biasela nak terbang dan mendarat tu rase la kelajuan lebih cket,rase gegar2 cket dan tekanan cket la, banyak2 telan air liur nak hilang rase berdengung kat telinga. Alhamdulillah, kami selamat mendarat di Airport KK dalam pukul 1.30pm. Sementara menunggu Zakiah dan Pokya, kami solat dan makan di Airport. Masa selebihnya kami memerhati suasana dan kerancakan aktiviti manusia di sekitar Airport.
Lebih kurang 4.30pm, Zakiah dan Pokya sampai dan kami terus ke Masjid Negeri Sabah. Sementara mereka solat, kami beraksi di luar masjid.
Kemudian, kami bergegas ke homestay di Menggatal, KK. Name homestay kami, "University Condo Apartment". Sangat selesa, semuanya lengkap.. ada peti sejuk,dapur gas,mesin basuh.. cumanye tv x leh bukak, astro problem.
| ni lah homestay kami..blok O, tingkat 2 |
Selepas berhias diri dan solat, kami keluar untuk dinner sekaligus menonton cerita SSID.haha.. Dah kenyang, kami bersiar2 ke Pantai Tanjung Aru. Di sini famous dengan 'Chicken Wing'. Kami x beli pun, saja nak bersiar2 kat kawasan pantai, amek2 gambo.
Sampai rumah malam tu kol 12.30pm. Berakhirla aktiviti kami untuk hari pertama. Ingat~.. esok kene bangun seawal 5am, sebabnya Subuh di Sabah awal, 4 lebih cmtu. Kat sini waktunya awal sejam dari semenanjung.
22 Jun 2013 (Khamis)
Seawal 5 am kami bangun untuk Subuh. Plan pagi tu nak keluar rumah kol 9am. Breakfast pagi tu, ibu mengandung ngidam nasi lemak, bawak la si suami ke 1 Borneo Mall untuk merasai Nasi Lemak Antarabangsa. Masuk2 dalam mall, semua kedai x bukak lagi, awal lagi kottt.haha.. Mengisi masa yang terluang,berposing la kami...
![]() |
| ni lah ibu mengandung ngidam nasi lemak. Kate bukak kol 10, dah pukul 10 nasi x masak lagi.. |
Last2, amek keputusan, breakfast nasi lemak di Old Town Cafe. Next place, nak g pulau. so, kami siap2 beli lunch kat Chicken Rice Shop dalam mall ni jugak. Akhirnya, sampailah kami di Jeselton Point, tempat nak naik bot ke pulau2 sekitar.
Disebabkan kami sampai lewat, kami ditawarkan snorkeling ke satu pulau saje,iaitu di Pulau Manukan.So, kami bergegas untuk menunggu bot.
Akhirnya, kami sampai di Pulau Manukan. Terpukau dengan kejernihan air di pulau itu. SubhanAllah, kagum melihat ciptaan Allah di dasar laut yang jarang aku temui sebelum2 ini. Mengikut maklumat yang kami dengar, di sekitar ni terdapat 5 pulau, hanya 3 pulau dibuka dan 2 lagi masih lagi ditutup. 3 pulau tersebut termasuk Pulau Manukan, Pulau Sapi dan Pulau Mamuntik. Hanya di Pulau Manukan sahaja disediakan tempat penginapan.
| Jeti untuk turun naik penumpang. Dari jeti pun dah nampak banyak jenis ikan. tapi, x dan nak amek gambar,tangan semua penuh ngn barang |
| kami budak baru belajar snorkeling. Coach kami Cik Nad (kiri sekali) |
| banyak tak banyak barang kami ? |
Seterusnya, masa untuk bershopping. Kami menuju ke Pasar Filipina dan Pasar Malam Sinsuran. Memang berjalan saje. Macam2 ade kat sini.
| Pasar ni banyak kedai makanan laut. teruja tengok makanan laut yang segar+besar+murah di sini |
| khusyuk membeli belah amplang, ikan bilis dan ikan kering |
| kesungguhan Cik Nad nak snap pintu masuk 'Pasar Kraftangan' |
| dalam Pasar Kraftangan atau lebih dikenali Pasar Filipina. Banyak souviner boleh dibeli di sini, tapi fokus kami MUTIARA.. borong2~ |
| terus ke Pasar Malam Sinsuran. kat sini pun macam2 ada |
| letih jalan, kite isi perut dulu.. murah makan seafood kat sini. sedap pun sedapp ! * tu tu nampak x rumpai laut ? testing2.. |
Lepas makan kami pun mahu pulang. Semasa otw pulang, disebabkan tadi xde kerang, si isteri mengajak si suami berhenti di Tanjung Lipat. Lagi sekali kami menikmati hidangan seafood. Makan kerang bakar dan sotong celup tepung sekali ngan air kelapa..Marvellouss uolls~~
| Nampak sedaapppppp sangaaaattt ~ |
Seharian berjalan, kol 11pm kami sampi homestay. Penat memang x terkata, tapi berbaloi2. Syukur ya Allah. Untuk esoknya, sambung NEXT ENTRY....





No comments:
Post a Comment