Tuesday, August 17, 2010

::cerita bulan puasa::

Bismillahirrohmanirrohim...


Assalamualaikum semua..arini dh bpe ramadhan ye?7 ramadhan ,bermakna sudah 7 hari kita berpuasa, alhamdulillah..bersyukur kehadrat Allah SWT yang masih memanjangkan usia kita hingga ke saat ini..mari kita muhasabah sekejap,kita tanya diri kita...ape khabar iman kita?bagaimana dengan ibadah2 kita di dalam bulan keberkatan ini?adakah kita semakin bersungguh2 dalam mengerjakan ibadah2 itu atau kita sudah jemu untuk melakukannya?adakah setiap hari ada peningkatan samaada dari segi sahsiah @ amalan ?...sama2 kita fikir2 dan renung2kan..

Alhamdulillah,6 ramadhan buat pertama kalinya saya dapat turun ke musolla untuk menunaikan solat maghrib+isyak+tarawih berjemaah.Sebagaimana yang saya pernah postkan entry sebelum ini,mengenai kaki saya yang kurang sehat, saya hanya boleh solat menggunakan kerusi..dan berkat ramadhan,kaki saya sedikit pulih dan saya sudah boleh solat seperti biasa wlaupun dalam keadaan berhati2..jadi,hanya Allah yang tahu perasaan saya,betapa seronoknya saya semalam..Jom kita pakat ramai2 turun solat jemaah!~..rasailah kenikmatannya dari solat sorang2..

Slot tazkirah semalam juga sangat bermanfaat untuk dihayati bersama.nak tahu tak??.. emm,mengenai buku amalan kita yang dicatat oleh 2 malaikat yang berada di kanan dan kiri kita...iaitu malaikat raqib dan atiq..sebenarnya buku amalan kita akan diangkat ke langit sebanyak 2 kali dalm sehari iaitu selepas asar dan waktu sahur.Maksudnya,semua amalan yang kita buat pada siang hari akan diangkat lepas asar dan semua amalan yang dilakukan sepanjang malam akan diangkat pada waktu sahur(sebelum subuh).Setiap kali buku2 kita diangkat ke langit,Allah akan cop buku2 tersebut dengan maghfirahNya/keampunanNya. Jika buku2 kita dicop dengan maghfirah Allah,maka buku2 itu akan putih/bercahaya dan jika tidak buku2 itu akan hitam/gelap.

kemudian,buku2 kita akan dikumpulkan selama setahun dan akan ditukar kepada buku yang baru iaitu pada 15 shaaban..sebab itu,kita digalakkan berpuasa pada 14&15 syaaban,bagi menutup dan membuka buku dengan amalan2 yang baik.Ok,sambung yang tadi..apabila kita sudah meninggal dunia,buku2 amalan kita akan diletakkan di sebelah kita samaada dalam keadaan bercahaya atau gelap.dan semasa di padang mahsyar nanti buku2 amalan kita akan dikalungkan di setiap leher kita(boleh rujuk surah Al-Israk:13)..kita akan melihat sendiri apa saja perbuatan kita di dunia dan juga boleh dilihat oleh orang lain..

Astaghfirullahalazim3x...apa hikmah yang kita dapat dari tazkirah ini??..marilah kita sentiasa memohon keampunan daripada Allah SWT.Banyak2kan istighfar dalam 2 waktu tersebut(bukan bermaksud 2 wktu tu je kita istighfar,tapi sepanjang waktu dan lebihkan pada 2 wktu tersebut)..moga2 Allah mengampunkan kita dan buku2 kita mendapat cop maghfirah daripadaNya..lebih2 lagi,ambillah peluang ramadhan ini,iaitu bulan keampunan,untuk kita mintakkeampunan kat Allah sebanyak2nya..bukan untuk kita saja,malah untuk kedua ibubapa kita,adik-beradik kita,cikgu2 kita,kawan2 kita dan semua muslim dan muslimat..


setakat ini saja perkongsian dari saya...mintak maaf kalau ada tersalah bicara..

Ya Allah,berikanlah kami kekuatan untuk terus berada di jalanMU~!

2 comments:

Tuan Cimot said...

wah, terima kasih entri yg sgt best ni..selamat berpuase n berbuka..

Syimah Karimah Rahmat said...

to tika:semoga dpt manfaat bersama..:)