Tuesday, August 10, 2010

Ya Ramadhan..~!

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG..

SALAM RAMADHAN KAREEM..~!
#selamat menjalani ibadah puasa#
#mari sama2 mengambil peluang ini untuk tingkatkan ibadah dan ketaqwaan kepada Allah SWT#

ingin berkongsi(dari facebook);

TIPS HARIAN BULAN RAMADHAN untuk diamalkan

# ulangkaji ilmu fardhu ain berkaitan puasa dan perkara berkaitan Ramadhan

# perbanyakkan taubat sebelum dan memasuki gerbang Ramadhan

# berniat pada permulaan malam Ramadhan dan ulangi setiap malam

# bersahurlah, kerana mempunyai hikmah tersendiri. sebaiknya lewatkan bersahur

# elakkan tidur selapas bersahur.siapkan diri untuk solat subuh berjemaah

# bangun lebih awal untuk qiamulail sebelum bersahur-solat sunat,tahajud,hajat

# selapas solat subuh,janganlah tidur kembali.penuhi dengan membaca Al-Quran dan berzikir

# pergilah kerja seperti biasa dan sebaiknya dalam keadaan berwuduk

# usahakan solat sunat dhuha 2 rakaat di tempat kerja

# bekerjalah dengan tekun dan amanah. ada masa terluang penuhi dengan dengan baca Al- Quran dan zikir

#jauhi perkara maksiat dan sia2 yang boleh merosakkan pahala puasa

# usahakan untuk solat di awal waktu dengan berjemaah di masjid/surau

# elakkan tidur berlebihan di siang hari(tidur seketika sahaja untuk beribadah malam)

# kurangkan menonton tv di siang hari dengan hiburan & cerita yang melalaikan serta main game/layari internet yang tidak berfaedah

# berbuka puasalah dengan sunnah Nabi.bermula dengan berdoa dan bersyukur dan makan makanan yang manis(kurma & air kosong)

# jangan makan berlebihan dan ingatlah saudara islam yang lain yang menderita kelaparan khasnya di Palestin

# segerakan solat maghrib dan rehat seketika untuk persiapan solat isyak dan tarawih

# solat isyak di masjid/surau dan bawalah bersama keluarga/ anak jika tiada halangan

# solat sunat tarawih secara konsisten dari awal hingga akhir dan dengarlah tazkirah Ramadhan jika ada

# penuhi waktu malam dengan tadarus Al-Quran dan amalan ibadah sunat lain.i'tikaf di masjid di malam 10 malam terakhir

# perbanyakkan doa dan sedekah serta memberi makan kepada orang berbuka puasa kerana ganjarannya amat besar


~di kesempatan ini, saya ingin meminta maaf daripada semua di atas salah silap..selamat beramal semua!~

No comments: