Tuesday, August 3, 2010

~lihat langit,ingat Allah..Subhanallah~!

BismillahirRohmanirRohim...

Petua orang tua2 mengatakan, klu hati runsing atau fikiran berasa sempit, dongaklah ke langit. InsyaAllah, hati yang runsing akn mndapat ketenangan. Fikiran yg sempit akn mnjadi lapang. Seolah2 langit yg sngt luas dan tidak bertepi itu mmpu mmberi rasa tenang di dalam jiwa kita.



Tetapi harus diingat , yg mmberi ketenangan itu bukan langit tetapi Allah SWT. Langit hanya menjadi sebab sahaja bagi Allah untuk memberi ketenangan kepada manusia yang melihatnya

Di dunia ini ada dua bentuk penciptaan Allah:

~Pertama, penciptaan yang dibuat oleh Allah secara langsung. Ciptaan langsung drpd Allah termasuklah langit, hutan, bukit-bukau, gunung-ganang, sungai, laut dan seumpamanya. Semua itu adalah ciptaan yang dibuat oleh Allah tanpa campur tangan manusia. Istilah yg selalu digunakn ialah 'alam semula jadi'. Maksud alam semula jadi bukanlah alam ini terjadi dengan sendiri tetapi Allah lah yg mnjadikannya. 'Semula jadi' itu maksudnya Allah telah ciptakan sejak awal lagi. Ada antaranya dicipta sebelum pnciptaan manusia lagi.

~Kedua, ciptaan yang dbuat oleh Allah secara tidak langsung. Semua ciptaan ini dibuat oleh oleh manusia. Dengan menggunakan akal fikiran, tenaga fizikal dan keupayaan imaginasi, manusia mencipta pelbagai alat teknologi.

Tetapi ingat!..manusia itu juga diciptakan oleh Allah. Akal, jiwa dan seluruh anggotanya adalah pemberian Allah jua. Manusia tidak akan dapat mencipta atau membuat sesuatu tanpa kurniaan Allah. Itulah maksudnya ciptaan tidak langsung drpd Allah.

Yang mana lebih menenangkan??

rupa2nya hati kita akan menjadi tenang apabila kita memandang sesuatu ciptaan yang langsung drpd Allah. Cuba bandingkan, bagaimana rasa hati kita apabila melihat bukit-bukau, laut, sungai ataupun tasik berbanding melihat bangunan pencakar langit? yang manakah lebih menenangkan hati??




Apabila hati kita tenang ketika melihat langit, bukanlah kerana langit itu yang memberi ketenangan, tetapi kerana langit itu dekat dengan Allah yang menciptanya. Hati kita akan jadi tenang apabila dekat dengan sesuatu yang dekat dengan Allah.

Kalau begitu pun hati kita berasa tenang, apa lagi kalau hati kita dekat terus dengan Allah melalui zikrullah dan ibadah. Tentulah akan lebih tenang. benarlah firman Allah: " ketahuilah dengan mengingati Allah (zikrullah) hati akan menjadi tenang."~Ar-Ra'd:28

Pandanglah langit yang luas tidak bertepi, lalu ingatlah Allah yang bersifat al-wasi'(yang maha meluaskan). InsyaAllah, hati akan menjadi tenang dan lapang. Ilmu, rezeki dan lain2nya pun akan menjadi bertambah luas. Aminn...




dipetik dari:Nota Fikir untuk Zikir by Ust. Pahrol Mohd Juoi

No comments: